Date: Jumaat, Jun 3, 2022

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti ENCIK MOHAMAD AZMAN BIN ABU BAKAR, CAWANGAN SENGGARA FASILITI JALAN yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 03.6.2022. Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga ENCIK MOHAMAD AZMAN BIN ABU BAKAR dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"