Date: Khamis, November 14, 2019

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti ENCIK ROSLAN BIN HUSSAIN, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, PASUKAN PROJEK PENGERANG INTEGRATED PETROLEUM COMPLEX (PIPC) yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 29 November 2019.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam di JKR Pulau Pinang pada 12 Januari 1983. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1983 :  Jurutera Awam, JKR Pulau Pinang/ JKR Seberang Perai
  2. Tahun 1988 - 1991 : Jurutera Awam, Bahagian Jalan, JKR Kelantan
  3. Tahun 1991 - 1996 : Jurutera Awam, Pejabat Projek Jalan 1, Gua Musang, Kelantan
  4. Tahun 1996 - 1999 : Jurutera Awam, Unit Teknikal, Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan
  5. Tahun 1999 - 2009 : Jurutera Awam, Bahagian Perancang Jalan, KKR
  6. Tahun 2009 - 2011 : Jurutera Awam Kanan, Cawangan Jalan
  7. Tahun 2011 - 2014 : Jurutera Awam Penguasa, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 
  8. Tahun 2014 - 2017 : Jurutera Awam Penguasa, JKR Kedah
  9. Tahun 2017 - 2019 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Pasukan Projek Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC)

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun dan 2010 dan 2013.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan ENCIK ROSLAN BIN HUSSAIN dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.