Date: Jumaat, April 7, 2023

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti ENCIK SAZALI BIN MOHD RASAP yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 5 April 2023.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Arkitek Tingkatan Biasa(J3) bertempat di Bahagian Seni Bina Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kerja Raya Malaysia pada 5 September 1998. Beliau telah berkhidmat lebih 25 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1998-2004: Arkitek Tingkatan Biasa (J3), KKR, Bahagian Seni Bina Jabatan Perumahan Negara.
  2. Tahun 2004-2005: Arkitek (J41), JKR Pulau Pinang.
  3. Tahun 2005-2005: Penolong Pengarah Arkitek (J44), Cawangan Arkitek, Ibu Pejabat JKR Persekutuan Kuala Lumpur.
  4. Tahun 2005-2012: Memangku Penolong Pengarah Arkitek (J44), JKR Pulau Pinang
  5. Tahun 2012-2013: Arkitek (J48), Cawangan Arkitek, Ibu Pejabat JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  6. Tahun 2013-2015: Arkitek (J48), Cawangan Kerja Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Ibu Pejabat JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  7. Tahun 2015-2016: Penolong Pengarah Arkitek (J48), JKR Negeri Perlis
  8. Tahun 2016-2022: Memangku Arkitek Penguasa (J52), JKR Negeri Kedah
  9. Tahun 2022-2023: Memangku Arkitek Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kerja Bangunan Am 2, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;

a) Kelayakan Profesional

  • ARKITEK GRADUAN AG S/182 (berdaftar dengan lembaga arkitek Malaysia)

b) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Ahli Lembaga Arkitek Malaysia
  2. Pengerusi SUKEB CKBA 2
  3. Ahli Persatuan Silat Cekak Hanafi Malaysia
  4. Jawatankuasa EKSA Peringkat Cawangan
  5. AJK Penilaian Sebutharga Peringkat Cawangan
  6. AJK Tender Peringkat Cawangan
  7. Ahli Khairiah Surau Taman Ilmu Nibong Tebal PP

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2003

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga ENCIK SAZALI BIN MOHD RASAP dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"