Date: Jumaat, Februari 8, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti HAJI MAT ZAKI BIN IBRAHIM, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, BAHAGIAN PENGURUSAN PROJEK 1, CAWANGAN KERJA KESIHATAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 10 Febuari 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Penolong Jurutera di Lembaga Kemajuan Terengganu (KETENGAH) pada 1 Ogos 1985. Sepanjang 33 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1) Tahun 1982 - 1982         : Penolong Jurutera, Lembaga Kemajuan Terengganu

2) Tahun 1985 – 1993        : Penolong Jurutera, Majlis Daerah Dungun    

3) Tahun 1993 – 1995        : Jurutera Bangunan, JKR Pahang

4) Tahun 1995 – 2005        : Jurutera Tempatan, JKR KETENGAH

5) Tahun 2005 – 2007        : Ketua Penolong Pengarah Korporat, Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang

6) Tahun 2007 – 2007        : Jurutera Awam Kanan, Bahagian Jalan JKR Pahang

7) Tahun 2007 – 2009        : Pengurus Besar Pembinaan,  LPT2 Terengganu

8) Tahun 2009 – 2013        : Jurutera Daerah Dungun

9) Tahun 2013 – 2014        : Jurutera Awam Penguasa, Bahagian Jalan JKR Pahang

10) Tahun 2014 – 2016      : Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Jalan

11) Tahun 2016 – 2017      : Jurutera Awam Penguasa Awam Kanan, Kementerian Pendidikan Tinggi

12) Tahun 2017 – 2019      : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Pengurusan Projek 1, Cawangan Kerja Kesihatan

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah
1. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC); Tahun 2002 dan 2010
2. Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Terengganu, Tahun 1991
3. Pingat Jasa Cemerlang (PJC) Terengganu, Tahun 2012

b)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;
1. Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia

c) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi
1. Ahli Jawatan Kuasa Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Dungun
2. Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan JKR KETENGAH
3. Timbalan Presiden Kelab Keluarga KETENGAH
4. Ahli Jawatan Kuasa Majlis Sukan Kebajikan JKR Pahang
5. Ahli Jawatan Kuasa Kelab Sukan dan Kebajikan JKR-LPT2
6. Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan JKR Dungun
7. Ahli Jawatan Kuasa Majlis Sukan JKR Terengganu
8. Ahli Kelab Sukan KeSSIHAT Cawangan Kerja Kesihatan
9. Ketua Rumah Sukan Biru Kelab Sukan KeSSIHAT Cawangan Kerja Kesihatan

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi
1. Kelab Golf Desa Dungun Tahun 1993 sehingga 2019 (Ahli Jawatan Kuasa, Timbalan Kapten, Kapten dan Timbalan Presiden)
2. Setiausaha Jawatan Kuasa Penduduk-Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan
3. Ahli Jawatan Kuasa PIBG Sekolah Menengah Seri Dungun, Terengganu

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar HAJI MAT ZAKI BIN IBRAHIM dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.