Date: Rabu, March 13, 2024

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti HASLINA BINTI SUMAIRI yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 13 Mac 2024.

Beliau memulakan kerjaya di Jabatan Kerja Raya sebagai Arkitek pada 01.06.1995 di Cawangan Arkitek, dan penempatan terakhir beliau adalah di Cawangan Kerja Pendidikan sebagai Arkitek Penguasa Kanan. Sepanjang berkhidmat lebih 29 tahun dalam perkhidmatan awam, beliau telah ditugaskan di pelbagai gred jawatan dan penempatan iaitu;

  1. Tahun 1995-2006: Arkitek (J3), Cawangan Arkitek, IPJKR
  2. Tahun 2006-2007: Arkitek (J44), Cawangan Bangunan, IPJKR
  3. Tahun 2007-2016: Arkitek Penguasa (J52), Cawangan Arkitek, Unit Kesihatan IPJKR
  4. Tahun 2016-2018: Arkitek Penguasa Kanan (J54), JKR Putrajaya
  5. Tahun 2018-2022: Arkitek Penguasa Kanan (J54), Pasukan Projek Khas 1, WPP
  6. Tahun 2022-2023: Arkitek Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kerja Kesihatan
  7. Tahun 2023-2024: Arkitek Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kerja Pendidikan

Beliau juga telah menerima beberapa kelayakan dan pengiktirafan sepanjang perkhidmatan. Antaranya:


a) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  • AJK Penggubalan Nota Teknikal dan Spesifikasi bersama MTIB dan FRIM
  • Sijil Green Building Accessor 2020-- 2022

b) Penghargaan dan Pengiktirafan

  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2007

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Malaysia sekali lagi mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas keringat, tenaga serta idea dalam memastikan kelangsungan visi dan misi jabatan. Semoga HASLINA BINTI SUMAIRI dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan serta dirahmati Allah.

 

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"