Date: Khamis, Ogos 29, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti IR. AB HAMID BIN HJ. MD DAUD, PENGARAH KANAN, CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 30 Ogos 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Jalan di JKR Kuala Krai, Kelantan  pada 16 Jun 1982. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1) Tahun 1982 - 1991        : Jurutera Jalan, JKR Kuala Krai, Kelantan

2) Tahun 1991 – 1997        : Jurutera Awam, Unit JKR DARA

3) Tahun 1997 – 2005        : Jurutera Daerah, JKR Daerah Kuala Lipis, Pahang

4) Tahun 2005 – 2009        : Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Kejuruteraan Cerun, Ibu Pejabat JKR Malaysia

5) Tahun 2009 – 2010        : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Korporat, JKR Negeri Selangor

6) Tahun 2010 – 2015        : Timbalan Pengarah, JKR Negeri Selangor

7) Tahun 2015 – 2017        : Pengarah, JKR Negeri Terengganu

8) Tahun 2017 – 2018        : Pengarah, Bahagian Perundingan Pengurusan Aset, Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Malaysia

9) Tahun 2018 – 2019        : Pengarah Kanan, Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Malaysia

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah dan Pengiktirafan
1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 1994 & 2010
2. Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S) 2012

b)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;
1. Ahli Lembaga Jurutera Malaysia
2. Life Member of The Road Engineering Association of Asia & Australasia (REAM)
3. Member of Instituition of Engineer’s Malaysia (M.I.E.M)

c) LAIN-LAIN KELAYAKAN  KEKOMPETENAN
1. Sijil “Safety and Health Officer” daripada NIOSH 2009
2. Certified Lead Auditor ISO 9001

d) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi
1. Pembentangan Kertas Kerja Bertajuk “Slope Management in Malaysia” di 1st International Conference of Asset and Facility Management – Padang, Indonesia, April 2010
2. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan JKR Malaysia 2011
3. Ahli Jawatankuasa International Slope Conference, Malaysia 2006
4. Ahli Jawatankuasa International Slope Conference, Malaysia 2008
5. Ahli Jawatankuasa Penyediaan “Guidelines on Slope Maintanance in Malaysia”
6. Ahli Jawatankuasa Teknikal “National Slope Master Plan Study”
7. Ahli Lembaga Perolehan Negeri Terengganu
8. Ahli Lembaga Perolehan Persekutuan Terengganu

e) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi
1. Ahli Lembaga Muzium Terengganu
2. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan JKR Malaysia
3. Presiden Malaysia Asset & Project Management Association 2018

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan IR. AB HAMID BIN HJ. MD DAUD dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.