Date: Isnin, Ogos 26, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. Ir. HABIBAH BINTI MD. SHARIF, TIMBALAN SETIAUSAHA BAHAGIAN (P) TEKNIKAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 27 Ogos 2019.

Beliau memulakan perkhidmatan sebagai Pembantu Teknik di JKR Port Dickson pada 20 Jun 1980 dan memulakan tugas sebagai Jurutera Awam pada tahun 1985 di ICU JPM, Johor. Sepanjang 39 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1980-1982 : Pembantu Teknik, JKR Port Dickson
  2. Tahun 1982-1984 : Cuti Belajar
  3. Tahun 1985-1989 : Jurutera Awam, ICU JPM, Johor
  4. Tahun 1989-1995 : Jurutera Awam, Cawangan Pengurusan, IP JKR
  5. Tahun 1995-1996 : Cuti Belajar
  6. Tahun 1996-1998 : Jurutera Awam, Pusat Komputer, IP JKR
  7. Tahun 1998-2001 : Jurutera Awam, JKR WP Kuala Lumpur
  8. Tahun 2001-2004 : Jurutera Awam, JKR Selangor
  9. Tahun 2004-2007 : Pen. Pengarah Kanan, JKR Selangor
  10. Tahun 2007-2009 : Pen. Pengarah Kanan, Caw. Kerja Pendidikan, IP JKR
  11. Tahun 2009-2010 : Ketua Pen. Pengarah, Caw. Kerja Pendidikan, IP JKR
  12. Tahun 2010-2013 : Ketua Pen. Pengarah Kanan, ICU Selangor
  13. Tahun 2013-2016 : Ketua Pen. Pengarah Kanan, JKR WP Kuala Lumpur
  14. Tahun 2016-2019 : Timbalan Setiausaha Bahagian (P) Teknikal, Kem. Pendidikan Malaysia

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  • Pingat - Kesatria Mahkota Wilayah (KMW)  - 2017 (Sempena Hari Wilayah)
  • Anugerah Khidmat Cemerlang Tahun 2002 dan 2008

b) Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;

  • Berdaftar BEM
  • Ahli Korporat IEM
  • QMS Lead Auditor - 2014

c) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi

  • Ahli Jawatankuasa PMC bagi Projek HPKK, UKM
  • Ahli Jawatankuasa PMC bagi Projek Hospital Pengajar UiTM
  • Ahli Jawatankuasa Rundingan Harga Projek Unimas
  • Penceramah di Seminar Pembangunan Kontraktor Kelas F Berwibawa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Kementerian Wilayah Persekutuan
  • Penceramah di Bengkel Perolehan di Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Lead Auditor - 2014
  • Subject Matter Expert (SME) Projek ICT J10
  • Ahli Lembaga Perolehan di Kementerian Wilayah Persekutuan - 2015 - 2016
  • Ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan Kader Sesi 2017/ 2018 & 2019/ 2020

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan YBRS. Ir. HABIBAH BINTI MD. SHARIF dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.