Date: Jumaat, Februari 22, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ir. HAJI BAIHAKI BIN AZRAEE, JURUTERA ELEKTRIK PENGUASA KANAN, BAHAGIAN PERKHIDMATAN PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 24 Februari 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Elektrik di Cawangan Kejuruteraan Elektrik Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 17 September 1984. Sepanjang 34 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1) Tahun 1984 - 1987         : Jurutera Elektrik, Cawangan Kejuruteraan Elektrik

2) Tahun 1987 - 1992        : Jurutera Elektrik, JKR Kedah     

3) Tahun 1992 - 1998        : Jurutera Elektrik, Unit JKR DARA, Pahang

4) Tahun 1998 - 2005        : Jurutera Elektrik Kanan, JKR Perlis

5) Tahun 2005 - 2007        : Jurutera Elektrik Kanan, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi

6) Tahun 2007 - 2009        : Jurutera Elektrik Penguasa, JKR Kelantan

7) Tahun 2009 - 2019       : Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik


Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah
1. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC); Tahun 1997 dan 2015
2. Ahli Mahkota Perlis (AMP)
3. Gold Medal at 27th International Invention & Innovation Exhibition (ITEX) 2016

b)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;
1. Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia
2. Professional Engineer with Practising Certificate (PEPC)
3. ASEAN Chartered Professional Engineer
4. Registered Electrical Energy Manager (REEM)

c) Lain - Lain Kelayakan Kekompetenan
1. My CREST Qualified Professional & Assessor
2. Pegawai Penilai Penarafan Hijau pH JKR
3. Certified ISO 9001 QMS Lead Auditor
4. Pakar Rujuk Jabatan dalam bidang Sustainable Infrastructure and Building (Energy Efficiency and Renewable Energy)

d) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi
1. Ketua Pasukan Audit Program Audit Dalaman SPB JKR Malaysia
2. AJK Teknikal Pembangunan Modul Latihan Kecekapan Tenaga Sektor Bangunan
3. Kumpulan Kerja Penderafan Undang-Undang Kecekapan Tenaga dan Konservasi
4. AJK Program Akreditasi Syarikat Perkhidmatan Tenaga (ESCO)
5. AJK Pembangunan Penerapan Hijau JKR (pH JKR) menjadi Standard Industri Malaysia


Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar Ir. HAJI BAIHAKI BIN AZRAEE dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.