Date: Isnin, Julai 8, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti IR. HAJI HANAN BIN HAJI ELIAS, PENGARAH, CAWANGAN KERJA KESELAMATAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 9 Jul 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam di JKR Unit Felda Negeri Sembilan/Johor Utara, Bahau Negeri Sembilan  pada 19 September 1984. Sepanjang 35 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;


1) Tahun 1984 - 1991        : Jurutera Awam, JKR Unit Felda Negeri Sembilan/ Johor Utara, Bahau Negeri Sembilan

2) Tahun 1991 – 1996       : Jurutera Awam, Jabatan Pembangunan persekutuan Negeri Sabah

3) Tahun 1996 – 2004       : Jurutera Daerah, JKR Daerah Marang, Terengganu

4) Tahun 2004 – 2006       : Jurutera Awam, JKR Negeri Johor

5) Tahun 2006 – 2007       : Jurutera Awam Kanan, JKR Wilayah Persekutuan Labuan

6) Tahun 2007 – 2011       : Jurutera Awam Kanan, JKR Negeri Sembilan

7) Tahun 2011 – 2014       : Jurutera Awam Penguasa, Kementerian Dalam Negeri

8) Tahun 2014 – 2015       : Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Ibu Pejabat JKR Malaysia

9) Tahun 2015 – 2017       : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Keselamatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia

10) Tahun 2017 – 2018   : Pengarah, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

11) Tahun 2018 – 2019    : Pengarah, Cawangan Kerja Keselamatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
                       

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;
 

a) Anugerah dan Pengiktirafan
1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 1998 & 2003
2. Pingat Pangkuan  Negara (PPN) – 2010 - ( DYMM Yang Di Pertuan Agong )
3. Pingat Khidmat Terpuji (BKT) – 2011 - ( Tuan Yang Terutama Yang Pertua Negeri Melaka )

b)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;
1. Professional Engineer
2. Ahli Pertubuhan Pegawai-pegawai Profesional JKR (PROTEM)
3. Ahli Pertubuhan Kejuruteraan Jalan Malaysia (REAM)

c) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi
Menghasilkan beberapa siri penerbitan/kertas kerja :
1. Kompetensi Kecerdasan Emosi dan Kesannya terhadap Keberkesanan Pembentukan nilai-nilai Positif
2. The Influence of Emotional Intelligence on Organizational Commitment and Job Satisfaction of Employees in Public and Private Sector

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi
1. Ahli Majlis Persatuan Psikologi
2. Ahli Seumur Hidup PSIMA dan PERKAMA

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan IR. HAJI HANAN BIN HAJI ELIAS dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.