Date: Jumaat, Oktober 18, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ir. HAJI ISMAIL BIN A. RAHMAN, PENGARAH KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 22 Oktober 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Mekanikal di Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR pada 19 Ogos 1985. Sepanjang 34 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1985 - 1991 : Jurutera Mekanikal, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, IP JKR
  2. Tahun 1991 - 1991 : Ketua Bahagian Mekanikal, Jab. Bekalan Air Selangor
  3. Tahun 1991 - 1998 : Jurutera Mekanikal, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, IP JKR
  4. Tahun 1998 - 2004 : Ketua Penolong Pengarah  Mekanikal, CKM Negeri Sembilan
  5. Tahun 2004 - 2007 : Jurutera Mekanikal Kanan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, IP JKR
  6. Tahun 2007 - 2008 : Ketua Penolong Pengarah Mekanikal, CKM Negeri Melaka 
  7. Tahun 2008 - 2018 : Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, IP JKR
  8. Tahun 2018 - 2019 : Pengarah Khidmat Pakar, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, IP JKR

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  1. Sijil Kepujian Perkhidmatan Cemerlang (JKR) 1990
  2. Anugerah Perhidmatan Cemerlang (APC) 1996
  3. Anugerah Perhidmatan Cemerlang (APC) 2012
  4. Pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Negeri Sembilan 2003. Dikurniakan Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC)

b)  Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia sebagai Professional Engineer With Practising Certificate.
  2.  Berdaftar dengan Asean Chartered Professional Engineer (ACPE)

d) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi

  1. Ahli lembaga Perolehan Kementerian Pengangkutan Malaysia (Wakil tetap) (2014 - sehingga kini)
  2. Ketua Panel Penilai Anugerah Kontraktor Cemerlang Kategori Mekanikal dan Elektrikal Dan Kategori Sub Kontraktor Dinamakan (NSC) JKR Malaysia 2015 dan 2016
  3. AJK Pengurusan Prestasi Aktiviti APMC/OBB CKM
  4. AJK Latihan dan Kompentasi CKM
  5. Ahli Panel Penemuduga Kenaikan pangkat Jurutera Mekanikal
  6. Pengerusi J/kuasa Garispanduan kajian Semula dan Verifikasi Rekabentuk Sistem Mekanikal (2015)
  7. AJK Bantuan Pakar Teknikal bagi membantu SPRM Cawangan Sarawak (2014)
  8. Pengerusi Garispanduan Kajian Semula Dan Verifikasi Rekabentuk Sistem mekanikal.
  9. Dilantik penceramah  Kursus Kualiti Pembinaan Didalam Pemasangan Sistem Mekanikal bagi Zon Utara, Tengah dan Selatan.
  10. Penceramah Pengenalan Sistem Mekanikal kepada jurutera mekanikal baru.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Ir. HAJI ISMAIL BIN A. RAHMAN dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.