Date: Jumaat, September 13, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ir. HAJI TUAN MOOD BIN TUAN DERAMAN, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN KERJA KESELAMATAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 16 September 2019.

Beliau memulakan kerjaya di Ibu Pejabat JKR sebagai Pembantu Teknik pada 24.03.1980 dan seterusnya sebagai Jurutera Awam pada 7.9.1983. Sepanjang 39 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1980 - 1983 : Pembantu Teknik, Ibu Pejabat, JKR
  2. Tahun 1983 - 1990 : Jurutera Bhg. Projek Air, JKR Kelantan
  3. Tahun 1990 - 1996 : Jurutera Jalan, JKR Kulim, Kedah
  4. Tahun 1996 - 1997 : Jurutera Daerah, JKR Kulim, Kedah
  5. Tahun 1997 - 2001 : Jurutera Daerah, JKR Raub, Pahang
  6. Tahun 2001 - 2004 : Pen. Pengarah, JPN Timur, KPKT
  7. Tahun 2004 - 2005 : Jurutera Awam, Cawangan Kerja Pendidikan, IP JKR
  8. Tahun 2005 - 2007 : Jurutera Awam, JKR Terengganu
  9. Tahun 2007 - 2008 : Jurutera Daerah, JKR Temerloh, Pahang
  10. Tahun 2008 - 2011 : Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kerja Kesihatan, IP JKR
  11. Tahun 2011 - 2012 : Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kerja Keselamatan, IP JKR
  12. Tahun 2012 - 2014 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kerja Keselamatan, IP JKR
  13. Tahun 2014 - 2019 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Keselamatan, IP JKR


Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2016. Selain itu, beliau juga berdaftar sebagai Ahli Korporat IEM Dan BEM dan merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko, CKS dan Pengerusi Jawatankuasa  JPP, CKS.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar Ir. HAJI TUAN MOOD BIN TUAN DERAMAN dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.