Date: Isnin, April 15, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti IR. MOHD AZAHAR BIN DON, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, BAHAGIAN KEJURUTERAAN TRAFIK, CAWANGAN JALAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 16 April 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam di JKR Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang pada 6 Ogos 1982. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1) Tahun 1982 - 1988         : Jurutera Awam, JKR Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang

2) Tahun 1988 – 1993        : Jurutera Awam, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR  

3) Tahun 1993 – 1997        : Jurutera Awam, JKR Kuala Muda/Sik, Kedah

4) Tahun 1997 – 2000        : Jurutera Awam , JKR Ibu Pejabat Negeri Perak

5) Tahun 2000 – 2005        : Jurutera Awam, JKR Daerah Hilir Perak, Perak

6) Tahun 2005 – 2006        : Jurutera Awam Kanan, JKR Ibu Negeri Perak

7) Tahun 2006 – 2007        : Jurutera Awam Kanan, JKR Ibu Negeri Pulau Pinang

8) Tahun 2007 – 2007        : Jurutera Awam Penguasa, JKR Ibu Negeri Perak

9) Tahun 2007 – 2008        : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Pakar & Kejuruteraan Awam, Ibu Pejabat JKR

10) Tahun 2008 – 2014      : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Jalan & Geoteknik, Ibu Pejabat JKR

11) Tahun 2014 – 2019       : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah
1. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC); Tahun 1995 dan 2005
2. Pingat Ahli Mahkota Perak (AMP), Negeri Perak D.R 2004

b)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;
1. Jurutera Profesional, Lembaga Jurutera Malaysia
2. Jurutera Profesional, Institut Jurutera Malaysia
3. Road Engineering Association of Malaysia (REAM)
4. Certified Lead Auditor by QMS Malaysia

c) Lain – Lain Kelayakan Kekompetenan
1. Certified ISO 9001 Lead Auditor by QMS Malaysia

d) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi
1. Johan KMK JKR Peringkat Negeri Perak 2002
2. Anugerah Pengurusan Pejabat JKR Daerah Terbaik 2003
3. Anugerah Inovasi (Bahagian Pengurusan) Peringkat Negeri Perak 2004
4. Naib Johan KMK JKR Peringkat Kebangsaan 2004
5. Pengerusi J/kuasa Penggubalan Semula Dokumen-dokumen Teknikal JKR
6. Pengerusi J/kuasa Penggubalan Arahan Teknik Jalan (ATJ) Bagi Garis Panduan Traffic Impact Assessment (TIA)
7. Proof reader bagi dokumen-dokumen teknikal terbaru/gubal semula JKR, khususnya Cawangan Jalan
8. Ahli J/kuasa Meluluskan Produk-produk Jalan JKR
9. Perintis kepada penubuhan Bahagian Kejuruteraan Trafik, Cawangan Jalan JKR

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar IR. MOHD AZAHAR BIN DON dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.