Date: Jumaat, Februari 8, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti IR. MUHAMED TARMIZY BIN YAACOB, JURUTERA ELEKTRIK PENGUASA KANAN, BAHAGIAN PENYELARASAN DAN KHIDMAT SOKONGAN, CAWANGAN KERJA ELEKTRIK yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 10 Febuari 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Elektrik di Cawangan Kerja Tentera pada 22 September 1983. Sepanjang 35 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1) Tahun 1983 - 1988         : Jurutera Elektrik, Cawangan Kerja Tentera

2) Tahun 1988 – 1993        : Jurutera Elektrik, JKR Pahang (Bekalan Air)  

3) Tahun 1993 – 2001         : Jurutera Elektrik, Jabatan Bekalan Air Pahang

4) Tahun 2001 – 2002         : Jurutera Elektrik, Cawangan Kejuruteraan Elektrik

5) Tahun 2002 – 2007        : Jurutera Elektrik Kanan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

6) Tahun 2007 – 2019        : Cawangan Kejuruteraan Elektrik

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah
1. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC); Tahun 2007 dan 2017

b)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;
1. Jurutera Profesional, Lembaga Jurutera Malaysia

c) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi
1. Pengerusi Jawatan Kuasa Penilai Anugerah Pejabat Terbaik
2. Ahli Jawatan Kuasa Kelulusan Bahan
3. Ahli Jawatan Kuasa Sebutharga
4. Wakil tetap bagi Panel Jawatan Kuasa Standard & Spesifikasi CKE
5. Pakar Rujuk Jabatan/ Knowledge Manager di peringkat cawangan.

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi
1. Panel Temuduga Biasiswa Yang Dipertuan Agong Sesi 2012/2013
2. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar IR. MUHAMED TARMIZY BIN YAACOB dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.