Date: Selasa, Mei 2, 2023

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti PN. FARAH BINTI ABDUL SAMAD yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 2 Mei 2023.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Pengarah (J3) bertempat di Cawangan Tentera pada 2 Mei 1995. Beliau telah berkhidmat hampir 28 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1995-2004: Penolong Pengarah (J3), Cawangan Tentera
  2. Tahun 2004-2005: Penolong Pengarah (J3), Unit Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia (Kader)
  3. Tahun 2005-2006: Arkitek Kanan (J44), Pawsukan Khas di Suruhanjaya Tenaga(Pinjaman)
  4. Tahun 2006-2006: Arkitek Kanan (J44), Cawangan Pakar & Kejuruteraan Awam.
  5. Tahun 2006-2008: Arkitek Penguasa (J48), Cawangan Arkitek, Ibu Pejabat JKR.
  6. Tahun 2009-2011: Arkitek Penguasa (J52), Bahagian Penyelidikan & Inovasi
  7. Tahun 2011-2019: Arkitek Penguasa (J52/J54), Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga
  8. Tahun 2019-2023: Pengarah (JUSA C), Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;

a) Kelayakan Profesional

  • Berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia

b) Lain-Lain Kelayakan Kekompetenan

  1. Pensijilan Kompetensi Teknikal Bidang Senibina Lestari (Tahap 4)
  2. Pensijilan Kompetensi Teknikal Bidang Kelestarian Alam Sekitar (Tahap 4)
  3. Certified Penarafan Hijau (pH JKR) Facilitator 
  4. Certified Penarafan Hijau (pH JKR) Assessor
  5. Certified MyCREST Qualified Assessor
  6. Certified Advanced Environmental Management System (ISO 14001) Auditor

c) Sumbangan Dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Pengerusi J/kuasa Pembangunan Skim Penarafan Hijau JKR (pH JKR) (Bangunan & Jalan)
  2. Pengerusi J/kuasa Pembangunan Sistem Pengurusan Tenaga JKR (SPT)
  3. Pengerusi J/kuasa Pembangunan Sistem Pengurusan Alam Sekitar JKR (SPAS)
  4. Pengerusi J/kuasa Pembangunan Green Product Scoring System (GPSS)
  5. Pengerusi J/kuasa Penyediaan Polisi Pembangunan Lestari JKR
  6. Pengerusi J/kuasa Penyediaan JKR Green Mission 2.0
  7. Pengerusi J/kuasa Penyediaan National Communication on Climate Change (Infrastructure) Malaysia to United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC)
  8. Ahli J/kuasa Pembangunan Malaysian Carbon Reduction and Environmental Sustainability Tool (MyCREST) bersama CIDB
  9. Ahli J/kuasa Pembangunan Sustainable Infrastructure Rating Tool (INFRASTAR) bersama CIDB
  10. Ahli J/kuasa Pembangunan Garis Panduan Government Green Procurement for Works bersama EPU & MoF
  11. Ahli J/kuasa Pemandu Projek/Project Monitoring Committee (PMC) “High Performance Green Building (HPGB)” Bangunan Perdana Putra, Putrajaya

d) Sumbangan Dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Penaung Kelab Kebajikan, Sukan dan Sosial Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga
  2. Ahli ProJKRM
  3. Ahli Persatuan Penduduk Alam Impian

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2002

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga PN. FARAH BINTI ABDUL SAMAD dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"