Date: Isnin, Jun 26, 2023

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti Sr RAJA NORMAWATI BINTI RAJA AYOB yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 26 JUN 2023.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Juruukur Bahan (J3) bertempat di Unit Bangunan Am, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan pada 1 Julai 1993. Beliau telah berkhidmat hampir 29 tahun 11 bulan dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1993-1997: Juruukur Bahan (J3), Unit Bangunan Am, CKUB
  2. Tahun 1997-2004: Penolong Pengarah (J41), Unit Projek Khas,CKUB
  3. Tahun 2004-2012: Penolong Pengarah Kanan (J44-J48), Bhg. Perolehan & Khidmat Kos,CKUB
  4. Tahun 2012-2016: Ketua Penolong Pengarah (J52), Seksyen Pengurusan Nilai,EPU JPM
  5. Tahun 2016-2017: Juruukur Bahan Penguasa (J52), Bhg,Khidmat Kos,CKUB JKR.
  6. Tahun 2017-2019: Juruukur Bahan Penguasa Kanan (J54), Bhg. Pengurusan Korporat,CKUB
  7. Tahun 2019-2023: Juruukur Bahan Penguasa Kanan (J54), Bhg.Khidmat Kos & Inovasi,CKUB

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;

a) Kelayakan Profesional

  • Professional Quantity Surveyor (PQS), Lembaga Juruukur Bahan Malaysia
  • Member of Royal Institute Of Surveyors Malaysia (MRISM); Sr

b) Lain-Lain Kelayakan Kekompetenan

  • Tahap 3 & 4, Kompetensi Ukur Bahan – Pengurus Kos Pembinaan

c) Sumbangan Dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Focal point kepada JKR dalam Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi
  2. Ketua Program Penyelidikan dan Inovasi, CKUB
  3. Ketua Bidang Kompetensi Ukur Bahan -Pengurus Kos Pembinaan bagi Program Pensijilan Kompetensi Teknikal JKR  (2021 – 2023)
  4. Tenaga pengajar bagi kursus Pensijilan Kompetensi Ukur Bahan (2019-2023)
  5. Inovasi sistem Rates Online (RATOL) yang telah diterbitkan dalam Portal RATOL di Laman Web JKR – Negara – 2010-2011
  6. Pegawai Penyelidik Projek Penyelidikan Pembangunan Jadual angkatap dan model SYSTEM pemilihan buruh, loji dan Jentera yang optimum untuk kerja-kerja konkrit, batu bata, kemasan (Lepaan dan Mengecat) dan kerja-kerja jalan bagi projek Binaan bangunan di Malaysia (2019-2020)
  7. Ketua Penyelidik bagi projek Pembangunan Model Sistem Penyelarasan harga dalam talian (J-Selaras) (2021-2022)
  8. Ahli Lembaga Perolehan MARA (2021-2022)
  9. Ahli Lembaga Perolehan KEJORA (2020-2021)

d) Sumbangan Dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Ahli Persatuan Penduduk Taman Mastika, Kuala Lumpur
  2. Ahli PIBG Sek.Men.Islam Al-Amin, Gombak

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Khidmat Cemerlang Tahun 2001
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022
  3. Sijil Penghargaan Jabatan Ke Atas Kejayaan Menghasilkan Produk Inovasi - Sistem RATOL -2011

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga Sr RAJA NORMAWATI BINTI RAJA AYOB dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"