Date: Isnin, April 8, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Sr. ROZIYAH BINTI ISMAIL, JURUUKUR BAHAN PENGUASA KANAN, PASUKAN PROJEK KHAS 1, CAWANGAN DASAR DAN PENGURUSAN KORPORAT, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 9 April 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Juruukur Bahan di Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 26 September 1983. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1) Tahun 1983 - 1990         : Juruukur Bahan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR

2) Tahun 1990 – 1992        : Juruukur Bahan, Pusat Khidmat Kontraktor Selangor          

3) Tahun 1992 – 1995        : Juruukur Bahan, Jabatan Pengairan dan Saliran

4) Tahun 1995 – 1998        : Juruukur Bahan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR

5) Tahun 1998 – 1999        : Juruukur Bahan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR

6) Tahun 1999 – 2001        : Juruukur Bahan Kanan, Pasukan Projek Kerajaan Putrajaya

7) Tahun 2001 – 2003       : Juruukur Bahan Kanan, Bahagian Kerja Jalan Dan Jambatan, Cawangan Kontrak Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR

8) Tahun 2003 – 2013        : Juruukur Bahan Penguasa, Bahagian Kerja Jalan Dan Jambatan, Cawangan Kontrak Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR

9) Tahun 2013 – 2015        : Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Bahagian Pengurusan Dasar Dan Korporat, Cawangan Kontrak Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR

10) Tahun 2015 – 2017      : Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Unit Amalan Terbaik, Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR

11) Tahun 2017 – 2019      : Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Pasukan Projek Khas 1, Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah
1. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC); Tahun 2003 dan 2012
2. Anugerah Pencapaian Istimewa JKR 2015
3. Pingat Perkhidmatan Cemerlang 2015

b)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;
1. Consultant Quantity Surveyor, (CQS) dengan Lembaga Juruukur Ukur Bahan Malaysia.
2. Fellow Registered Quantity Surveyor dengan Royal Institution of Surveyors Malaysia

c) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi
1. Penceramah di JKR, Kementerian Luar Negeri Malaysia, dan Jabatan Pengairan Dan Saliran
2. Wakil Tetap Ahli Lembaga Perolehan di Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar Negara dan Jabatan Perikanan
3. 2008 – Mengetuai pasukan pembangunan inovasi PEHKa - Pakej Pengiraan Kuantiti Maksima (VOP) kerja Kejuruteraan Awam dimana telah membantu dalam mengabstrak bahan-bahan yang tertakluk pada pengiraan perubahan harga dalam penilaian bayaran kemajuan kerja sivil
4. 2009 – 2014 Mengetuai Pembangunan “Public Works Cost Information Center” (PWCIC) dimana moduil -moduil “As Tendered Detail Abstract” (ATDA), “As Completed Detail Abstract” (ACDA), “Civil Engineering Elemental Cost Analysis” (CEECA),” Built up rate” serta lain-lain telah di bangunkan secara atas talian.
5. 2010 - 2013  Pengurus Projek Pengurusan Risiko “Projek Estimate Enchancement”
6. 2010 - 2014           Mengetuai pasukan pembangunan “Civil Engineering Progress Payment Package” (CePP) dimana telah dianugerahkan “Silver Medal” oleh “Malaysian Association of Research Scientists “(MARS) semasa pertandingan “Invention & Inovation Awards 2014”. Pakej ini juga telah memenangi Hadiah Inovasi dari Lembaga Juruukur Bahan Malaysia semasa Malam Anugerah LJBM 2013.
7. 2010 - 2012   Terlibat dengan pembangunan MyCesmm di JKR
8. 2008 - 2012   Ahli Jawatankuasa Akreditasi Juruaudit Keselamatan Jalan
9. 2010 – 2015   Ahli Jawatankuasa Penggubalan Spesifikasi Kerja Kejuruteraan Jalan dan juga Spesifikasi Bangunan
10. 2017 - Pengerusi Panel Penilai bagi Anugerah Projek Terbaik bagi Kerja-Kerja Infra
11. 2007 – 2019 Ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam
12. 2008-2010 Ahli Jawatankuasa pementoran CKUB
13. 2016-2017 Mengetuai kaedah perolehan “Relational Contracting” di JKR

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi
1. Ahli Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM) untuk tahun (2009 -2011), (2011– 2013) dan (2013-2015)
2. Ahli Lembaga Arkitek Malaysia (2013 -2015)
3. Pendaftar Lembaga Juruukur Bahan Malaysia bagi tahun (2015- 2017), dan (2017-2019)
4. Ahli Jawatankuasa Ethics LJBM (2009-2019)
5. Pengerusi Jawatankuasa Penerbitan dan IT LJBM - Tahun (2009 -2013)
6. Ahli Jawatankuasa Pengurusan LJBM (2013-2019)
7. Vice Chairman untuk QS International Conference tahun 2014
8. Pengerusi Panel Temuduga/Penilaian Pendaftaran Skim Alternatif/Laluan Khas di LJBM (2017-2019)
9. Ahli Panel Akreditasi LJBM dan Royal Institution of Surveyors Malaysia untuk Universiti-Unversiti tempatan (2013-2019)
10. “Vice Chairman Qs Capacity Development Programme” di bawah program “the Royal Institution of Surveyors Malaysia” (2008 -2016)
11. Ahli Jawatankuasa CITP – “Initiative Technical Working Group on National Construction Industry Information Center” (2016-2018)
12. Mewakili LJBM di mesyuarat Lembaga “Pacific Association of Quantity Surveyors” di Vancouver dan New Zealand
13. Ahli Jawatankuasa pencalonan “Fellow CIDB” untuk tahun 2018

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar Sr. ROZIYAH BINTI ISMAIL dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.