Date: Rabu, Jun 28, 2023

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti Sr THALASIAH BINTI MOHD SAAD yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 29 JUN 2023.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Juruukur Bahan (J29) bertempat Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan pada 1 September 1984. Beliau telah berkhidmat hampir 37 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1984-1991: Pembantu Juruukur Bahan (J29), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
  2. Tahun 1994-1997: Juruukur Bahan (J41), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
  3. Tahun 1997-2003: Juruukur Bahan (J41), BKUB, JPS Malaysia
  4. Tahun 2003-2013: Juruukur Bahan/Kanan (J44-J48), BKUB, JPS Selangor
  5. Tahun 2013-2014: Juruukur Bahan Kanan (J48), Bhg Projek Khas, JPS Malaysia
  6. Tahun 2014-2017: Juruukur Bahan Penguasa (J52), Cawangan Latihan Inovasi/ CREaTE
  7. Tahun 2017-2019: Juruukur Bahan Penguasa (J52), JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya
  8. Tahun 2019-2023: Juruukur Bahan Penguasa Kanan(J54), Pasukan Projek Khas 2,

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;

a) Kelayakan Profesional

  • Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia & Royal Institute of Surveyor Malaysia

b) Lain-Lain Kelayakan Kekompetenan

  • Berdaftar sebagai Certified Construction Project Manager (CCPM) dengan CIDB
  • Registered Project Director (RPD) program CBAS JKR Malaysia

c) Sumbangan Dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

1.Ahli Lembaga Perolehan SUK Selangor

2.Ahli Lembaga Perolehan ICU Selangor

3.Ahli Lembaga Perolehan SEDIA Sabah

4.Penceramah dalaman di Pusat Latihan JKR (IKRAM)/CREaTE

5.Penceramah dalaman di Pusat Latihan JPS

6.Penceramah di pelbagai Jabatan Kerajaan dan Kementerian

7.Ahli Puspanita

8.Ahli Jawatankuasa Perubahan Kerja Agensi (semasa berkhidmat di JPS HQ)

9.Panel Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam/Suruhan Jaya Perkhidmatan Negeri

10.Pasukan Bowling JPS Selangor

11.Ketua Pasukan Bowling JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

Bidang tajuk sebagai penceramah adalah berkaitan

  • Perolehan bekalan, perkhidmatan, kerja
  • Perolehan Sebut Harga/Inden
  • Penilaian Tender
  • Pentadbiran kontrak
  • Penyediaan Dokumen Tender/kontrak
  • Kontrak Facilities Management (FM)

d) Sumbangan Dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  • Penceramah jemputan swasta untuk Jabatan Kerajaan

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  • Bintang Perkhidmatan Cemerlang (BPC) oleh Sultan Selangor Tahun 2008
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga Sr THALASIAH BINTI MOHD SAAD dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"