Date: Jumaat, September 18, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti TUAN HAJI ROSLAN BIN ABD GHANI, PENGARAH JKR NEGERI PERAK yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 22 SEPTEMBER 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Kerja di Ibu Pejabat JKR KL pada 10 Oktober 1983. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1983 - 1991 : Jurutera Kerja, Ibu Pejabat JKR KL
  2. Tahun 1991 - 2001 : Jurutera Jalan, JKR Kemaman, Terengganu
  3. Tahun 2001 - 2006 : Jurutera Bangunan, JKR Daerah Sepang, Selangor
  4. Tahun 2006 - 2008 : Jurutera  Awam (KPP), Kementerian Kewangan Malaysia
  5. Tahun 2008 - 2009 : Jurutera Awam (KPP), Caw. Kejuruteraan Senggara, IP JKR 
  6. Tahun 2009 - 2012 : Pemantauan Projek (KPP), Caw. Dasar dan Pengurusan Korporat, IP JKR 
  7. Tahun 2012 - 2014 : Pemantauan Projek (KPP), Caw. Pengurusan Projek, IP JKR 
  8. Tahun 2014 - 2016 : Pemantauan Projek (KPP), Caw. Perancangan Aset Bersepadu, IP JKR
  9. Tahun 2016 - 2018 : Timbalan Pengarah, JKR Negeri Perak
  10. Tahun 2019 - 2020 : Pengarah JKR Negeri Perak

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan;

  1. Sijil Kepujian  Perkhidmatan Cemerlang  Tahun 1986 1987 (Caw. Kerja Pelajaran)
  2. Sijil Kepujian Perkhidmatan Cemerlang Tahun 1987 (Cawangan  Kerja Pendidikan)
  3. Sijil Kepujian Perkhidmatan CemerlangKementerian Kerja Raya Tahun 1994 (JKR Daerah Kemaman)
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Perbendaharaan  Malaysia 2007 (Kementerian Kewangan)
  5. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Kerja Raya Tahun 2009 (PROKOM)
  6. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Kerja Raya Tahun 2013 (CPAB)

b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi;

  1. Wakil Kementerian  Kewangan dalam Lembaga Tender  Unit Perancang Ekonomi (2006)
  2. Wakil Kementerian  Kewangan dalam Lembaga Tender Kementerian Sumber Asli (2007-2008)
  3. Wakil Kementerian  Kewangan dalam Lembaga Tender LADA (2008)
  4. Wakil JKR Malaysia  dalam Lembaga Tender Kementerian Pendidikan  (103)
  5. Wakil JKR Malaysia  dalam Lembaga tender  Kementerian Dalam Negeri (2014)
  6. Wakil JKR Malaysia  dala Lembaga Sebutharga Kementerian Kerja Raya (2015-2016)

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan TUAN HAJI ROSLAN BIN ABD GHANI dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.