Date: Jumaat, September 20, 2024

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBhg. DATO’ Ir. HAJI BADIOEZAMAN BIN AB KHALIK yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 21 September 2024.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam Sementara (A18) di Jabatan Pengairan dan Saliran pada 26 November 1988 dan telah berkhidmat lebih 35 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1988-1990: Jurutera Awam Sementara (A18), Jabatan Pengairan dan Saliran
  2. Tahun 1990-1996: Jurutera Kerja Tentera (A18), JKR Negeri Perak
  3. Tahun 1996-2000: Jurutera Pereka (A11), Cawangan Struktur dan Kejuruteraan Pakar, Ibu Pejabat JKR
  4. Tahun 2001-2002: Jurutera Projek (A11), Projek Kompleks Jabatan Laut, Tg. Pelepas, Johor
  5. Tahun 2002-2008: Penolong Pengarah(J48), Unit Pelabuhan/Maritim
  6. Tahun 2008-2012: Ketua Penolong Pengarah (J52), Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur dan Jambatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  7. Tahun 2012-2015: Jurutera Daerah (J52), JKR Negeri Pahang (JKR Daerah Kuantan, Pahang)
  8. Tahun 2015-2016: Ketua Penolong Pengarah Kanan (J54), Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  9. Tahun 2016-2017: Ketua Bahagian (J54), Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  10. Tahun 2017-2018: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur (CKAS), Ibu Pejabat JKR Malaysia
  11. Tahun 2018-2020: Pengarah (JUSA C), Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur (CKAS), Ibu Pejabat JKR Malaysia
  12. Tahun 2020- 2021: Pengarah Kanan (JUSA B), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  13. Tahun 2021- 2023: Pengarah Kanan (JUSA B), Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur (CKAS), Ibu Pejabat JKR Malaysia
  14. Tahun 2023-2024: Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) (JUSA A): Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan)

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;

a) Kelayakan Profesional

  • Jurutera Profesional Dengan Amalan Lembaga Jurutera Malaysia 
  • Ahli Profesional Asean Chartered Professional Engineer 
  • Ahli Pertubuhan Profesional Malaysia

b) Lain-Lain Kekompetenan

  • Program Pensijilan Jurutera Awam dalam JKR Engineering (T4) dan Structural Engineering (T3) (2016)
  • Program Pensijilan Jurutera Awam dalam JKR Maritim (2016)
  • Certified MyCrest Qualified Assessor (2016)

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  • Council Member Malaysia Structural Steel Association (MSSA)
  • Ahli The Malaysian Asset and Project Management Association (MAPMA)
  • Pengerusi Jawatankuasa Akta Jurutera (Engineers Act) Lembaga Jurutera Malaysia
  • Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ) JKR Malaysia
  • Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN)
  • Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aduan (JKPA) JKR Malaysia
  • Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) (Fasiliti) JKR Malaysia
  • Pengerusi Jawatankuasa Surau Blok G, Menara Kerja Raya (2023 – 2025)
  • Ahli Lembaga, Lembaga Jurutera Malaysia (2023)
  • Pengerusi Jawatankuasa Akta Jurutera, Lembaga Jurutera Malaysia (2022)
  • Chief Risk Officer (CRO) Pengurusan Risiko Organisasi (ERM) JKR Malaysia
  • Wakil Gantian bagi JKR sebagai Ahli Jawatankuasa Pembangunan Profesional Pembinaan di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
  • Ahli Jawatankuasa Perakuan Pensijilan Kompetensi bagi Program Pensijilan Kompetensi Teknikal JKR Malaysia Tahun 2021
  • Ahli Panel Pembangunan Sumber Manusia JKR Malaysia
  • Ahli Jawatankuasa Kelulusan Projek Penyelidikan (JKPP) JKR Malaysia (2022 -2024)

d) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  • Ahli Persatuan Penduduk Desa Camelia, Sg. Merab, Kajang, Selangor
  • Ahli Jawatankuasa Kesaksamaan Persijilan (Certification Impartially Committee) – Certibuild (M) Sdn. Bhd. (2022 – 2024)

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  • Darjah Setia Pangkuan Negeri Pulau Pinang (D.S.P.N), Tahun 2023
  • Darjah Seri Sirajuddin Perlis (D.S.S.P)
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Tahun 2022

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBhg. DATO’ Ir. HAJI BADIOEZAMAN BIN AB KHALIK  dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"

 

Pautan Koleksi Gambar Majlis:  https://shorturl.at/tcme7 (link is external)
Pautan Video Epilog Gamitan Kenangan, TKPKR (Sektor Bangunan): https://www.youtube.com/watch?v=SK11dyS0Y7k (link is external)