Date: Isnin, Februari 12, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBHG. DATO’ Ir. HAJI HAMIZAN BIN MOHD INZAN, PENGARAH CAWANGAN KEJURUTERAAN INFRASTRUKTUR PENGANGKUTAN, JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 14 Februari 2018.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam pada 01 Oktober 1980 dan penempatan pertama beliau adalah sebagai Jurutera Bangunan di JKR Daerah Pekan, Pahang. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1) Tahun 1980 - 1981         : Jurutera Awam, JKR Daerah Pekan, Pahang

2)Tahun 1981 - 1984          : Jurutera Awam, JKR Daerah Rompin, Pahang

3) Tahun 1984 – 1987        : Jurutera Awam Tingkatan Kanan, JKR Negeri Kedah

4) Tahun 1987 – 1993        : Jurutera Daerah, JKR Daerah Kubang Pasu, Kedah

5) Tahun 1993 – 1999        : Jurutera Daerah, JKR Daerah Kluang, Johor

6) Tahun 1999 – 2003        : Ketua Penolong Pengarah Jalan, JKR Negeri Johor

7) Tahun 2004 – 2005        : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pengurusan Korporat, IP JKR Malaysia

Beliau juga telah memegang jawatan Pengarah di beberapa penempatan iaitu;

1) Tahun 2005 – Oktober 2008       : Pengarah Gred Utama ’C’, Cawangan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia

2) Oktober 2008 – Julai 2013         : Pengarah Gred Utama ’C’, Bahagian Senggara Fasiliti Jalan, Cawangan Kejuruteraan Senggara, Ibu Pejabat JKR Malaysia

3) Ogos 2013 – Mac 2016               : Pengarah Gred Utama ’C’ Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor

4) Mac 2016 – 14 Februari 2018 : Pengarah Gred Utama ’C’ Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan, Ibu Pejabat JKR Malaysia

Beliau merupakan salah seorang pegawai yang bertanggungjawab secara langsung dalam penstrukturan semula JKR pada tahun 2007 yang telah mengubah struktur organisasi JKR dari self contain kepada sistem matrik.  Melalui penstrukturan ini,

1) Struktur organisasi JKR terbahagi kepada Sektor Bisnes, Sektor Pakar dan Sektor Pengurusan yang mana diketuai oleh jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Gred Jusa A;
2) pewujudan Sektor Pakar yang melibatkan pertambahan jawatan dari pelbagai gred termasuk Pengarah Kanan bagi Cawangan Pakar;
3) pewujudan Sektor Kejuruteraan Senggara yang diketuai Pengarah Kanan Jusa B;
4) pewujudan Cawangan Pengurusan Projek Kompleks yang diketuai oleh Pengarah Kanan.

Selain itu, beliau juga telah berjaya meningkatkan bilangan jawatan Gred Utama C di JKR daripada 20 kepada 33 orang pada tahun 2007.

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah Kerajaan Negeri

1) Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K): Tahun 1988

2) Bintang Khidmat Masyarakat (B.K.M): Tahun 1990

3) Darjah Kebesaran Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P): Tahun 2006      

b) Anugerah dalam Perkhidmatan

1) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 1993

2) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 1995

3) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 1998

4) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2004

5) Anugerah Pencapaian Istimewa (API) Tahun 2010 – Peringkat Individu

6) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2014

c)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;

1) Ahli Lembaga Jurutera Malaysia (6494)

2) Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti Road Engineering Association of Malaysia (REAM) 2009-2011 & AJK REAM (Council Member) 2011 – sehingga kini

3) Setiausaha Kehormat (Honorary Secretary General) Road Engineering Association of Asia  & Australasia (REAAA) Sesi 2009 – 2012

d) Selain itu, beliau juga telah membentangkan kertas kerja di peringkat jabatan, kebangsaan dan antarabangsa antaranya;

1) Membentang kertas kerja di Mesyuarat HORA kali ke 8 di Incheon City, Korea Selatan pada 24 September 2009 sempena Persidangan Road Engineering Association of Asia & Australasia ke 13.

YBhg. Dato’ Ir. Haji Hamizan Bin Mohd Inzan telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.