Date: Jumaat, Januari 12, 2024

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBhg. DATO’ Ir. HAJI ZULKIPLI BIN HAJI NASRI yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 14 Januari 2024.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik Awam, di JKR Hulu Perak pada 2 September 1985. Beliau telah berkhidmat lebih 39 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1985-1987: Pembantu Teknik Awam, Cawangan Bangunan IPJKR
  2. Tahun 1987-1988: Pembantu Teknik Awam, Cawangan Jalan (Unit KESBAN)
  3.  Tahun 1991-1993: Pembantu Teknik Awam, Cawangan Jalan
  4. Tahun 1993-1997: Penolong Jurutera Jajahan (J3), JKR Jajahan Pasir Mas, Kelantan
  5. Tahun 1997-2002: Penolong Pengarah Bangunan (J3 / J41), JKR Negeri Perlis
  6. Tahun 2002-2004: Jurutera Bangunan(J41), JKR Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang
  7. Tahun 2004-2005: Jurutera Daerah(J41), JKR Daerah Timor Laut, Pulau Pinang
  8. Tahun 2005-2007: Jurutera Daerah(J44), JKR Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
  9. Tahun 2007-2010: Penolong Pengarah Kanan (J48), JKR Pulau Pinang
  10. Tahun 2010-2015: Pengurus(J52), Jambatan Kedua Pulau Pinang Sdn Bhd
  11. Tahun 2015-2016: Ketua Penolong Pengarah Jalan (J52), JKR Negeri Kedah Darul Aman
  12. Tahun 2016-2020: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Pasukan Projek Khas 1, CDPK Ibu Pejabat JKR
  13. Tahun 2020          : Pengarah (JUSA C), Pasukan Projek Khas 1, CDPK Ibu Pejabat JKR
  14. Tahun 2020-2021: Pengarah (JUSA C), JKR Negeri Perak Darul Ridzuan
  15. Tahun 2021-2023: Pengarah Kanan (JUSA B), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR
  16. Tahun 2023-2024: Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya(Sektor Infra)(JUSA B), Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;

a) Kelayakan Profesional

  • Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia sebagai Jurutera Profesional (No.Reg.: P121936)

b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  • Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan
  • Ahli Panel Pembangunan Sumber Manusia JKR Malaysia
  • Ahli Pertama Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 2) Ibu Pejabat JKR Malaysia
  • Ordinary (Life) Member The Malaysian Asset And Project Management Association (MAPMA)
  • Penaja (Sponsor) Pelan Strategik JKR

c) Penghargaan dan Pengiktirafan

  • Dikurniakan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.) – 4 November 2022
  • Dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)Pulau Pinang
  • Dikurniakan Pingat Kelakuan Terpuji (P.K.T.) Pulau Pinang 11 Julai 2014
  • Dikurniakan Darjah Johan Negeri (D.J.N.) Pulau Pinang – 11 Julai 2020
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 2018
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 2009
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 2004

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBhg. DATO’ Ir. HAJI ZULKIPLI BIN HAJI NASRI dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"

datol zul clockout

datol zul clockout

datol zul clockout

dato zul clockout

dato zul clockout

dato zul clockout