Date: Jumaat, Ogos 18, 2017

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBHG. DATO’ Ir. HJ. MOHD DAUD BIN HARUN, PENGARAH KANAN CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 21 Ogos 2017.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam pada 2 Mei 1982 dan penempatan pertama beliau adalah di JKR Jalan Raya Timur Barat, Jeli, Kelantan. Seterusnya beliau ditempat di JKR Negeri Kelantan sebagai Jurutera Projek dan Jurutera Jajahan sehingga tahun 1992 sebelum ditukarkan ke JKR Ibu Pejabat dan ditempatkan di beberapa cawangan. Selama lebih 35 tahun berkhidmat, beliau telah memegang beberapa jawatan Pengarah antaranya ;

  1. 1 Ogos 2010 - 14 Ogos 2013  :  Pengarah (Memangku Gred Utama ‘C’), Cawangan Pengurusan Projek Kompleks
  2. 15 Ogos 2013 - 15 April 2014 :  Pengarah Gred Utama ‘C’, Cawangan Pengurusan Korporat
  3. 16 April 2014 - 15 Mac 2015   :  Pengarah Kanan (Memangku Gred Utama ‘B’),  Cawangan Pengurusan Projek Kompleks
  4. 16 Mac 2015 - 15 April 2015   :  Pengarah Kanan (Memangku Gred Utama ‘B’), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu
  5. 16 April 2015 - 21 Ogos 2017 :  Pengarah Kanan Gred Utama ‘B’, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Kurniaan

  1. Johan Mangku Negara - J.M.N. (2016)
  2. Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang  - D.P.S.K. (2016)

b) Anugerah

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 1995
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2002
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2004
  4. Anugerah Pencapaian Istimewa JKR 2010

Beliau juga berjaya mendapat pengiktirafan kelayakan profesional seperti berikut;

  • Professional Engineer (P.Eng) - Lembaga Jurutera Malaysia - 1995
  • Certified Master Project Director (MPD) Program Pentauliahan Pengurus Projek oleh JKR - 2008
  • Certified Assessor for Work Place (Project Management) JKR - 2009 

Selain itu, beliau turut menyumbangkan idea dan kepakaran dalam penerbitan buku dan garis panduan sebagai rujukan kepada warga kerja JKR seperti berikut;

  • Pelan Strategik Disiplin Awam 2011 – 2015
  • Pelan Bisnes PROKOM 2013 – 2014
  • Strategic Framework JKR 2012 - 2015 – Tema Penyampaian Projek
  • Value Engineering Application Guidelines for Public Projects
  • Facilitation Kit for Value Engineering in JKR 
  • Garis Panduan dan Piawaian Building Information (BIM) JKR
  • Garis Panduan Permohonan Pensijilan BIM Modeller bagi Displin Awam
  • Facilitation Guide for Cultivating Communities of Practice
  • Training manual for Communities of Practices (COP) Awareness Course
  • Communities of Practices Sustance Guide                                                               

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.