Date: Isnin, Disember 4, 2017

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBHG. DATO’ Ir. HJ. MOHD JAMAL BIN SULAIMAN, PENGARAH KANAN CAWANGAN KERJA BANGUNAN AM 1 yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 5 Disember 2017.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam pada 24 Julai 1981 dan penempatan pertama beliau adalah di JKR Negeri Pahang. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Bekalan Air Daerah Hulu Selangor, JKR Negeri Selangor, Cawangan Kejuruteraan Cerun, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat dan Cawangan Kerja Bangunan Am 1. Beliau juga telah memegang jawatan Pengarah di dua (2) penempatan iaitu;

1) 02 Jun 2014 – 15 Januari 2017 : Pengarah Gred Utama ‘C’, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat
2) 16 Januari 2017 – 4 Disember 2017: Pengarah Kanan Gred Utama ‘B’, Cawangan Kerja Bangunan Am 1

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Kurniaan

1) Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) Tahun 1990 (Negeri Selangor)
2) Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T.) Tahun 2000 (Negeri Selangor)
3) Bintang `Ahli Idris Shah’ (A.I.S.) Tahun 2002 (Negeri Selangor)
4) Bintang `Setia Mahkota Selangor’ (S.M.S.) Tahun 2005 (Negeri Selangor)
5) Bintang `Ahli Mangku Negara’ (A.M.N.) Tahun 2006 (Persekutuan)
6) Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) Tahun 2016 yang membawa gelaran Dato’

b) Anugerah

1) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2001
2) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2011
3) Anugerah Pencapaian Istimewa JKR 2010 bagi Kategori Ketua Auditor Sistem Pengurusan Kualiti
4) Anugerah Pencapaian Istimewa JKR 2010 bagi Peringkat Individu

Beliau juga berjaya mendapat pengiktirafan kelayakan profesional seperti berikut;

1) Professional Engineer (P.Eng) - Lembaga Jurutera Malaysia
2) Master Project Director (MPD) di bawah Program Pensijilan Pengurusan Projek JKR
3) Certified ISO 9001 QMS Lead Auditor oleh S3G (Australia) dan SIRIM Bhd. (Malaysia)

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.