Date: Jumaat, Januari 4, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBHG. DATO’ SR ROZITA BINTI YAHYA, PENGARAH KANAN, CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 5 Januari 2019.

Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Juruukur Bahan pada 15 Ogos 1981 dan ditempatkan di Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Terengganu. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1981 – 1983  : Juruukur Bahan, Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Terengganu
1983 – 1989  : Juruukur Bahan, Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Kelantan
1989 – 1995  : Juruukur Bahan, Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Kelantan
1995 – 1998  : Juruukur Bahan Kanan, Unit Perlaksanaan Projek Turnkey, Ibu Pejabat JKR Malaysia
1998 – 2005  : Juruukur Bahan Kanan, Cawangan Kerja Pendidikan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
2005 – 2006  : Juruukur Bahan Penguasa Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Selangor
2006 – 2015  : Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Bahagian Kerja Keselamatan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
2015 – 2017  : Pengarah Khidmat Pakar dan Pengurusan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
2017 – 2019  : Pengarah Kanan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Kurniaan
1. Ahli Setia Mahkota Kelantan (ASK), Tahun 1993
2. Setia Mahkota Terengganu (SMT), Tahun 2004
3. Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP), Tahun 2018

b) Anugerah
1. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC); Tahun 1994, 2002 & 2010
2. Anugerah Pencapaian Istimewa (API); Tahun 2010 (Peringkat Individu)
3. Anugerah Pencapaian Istimewa (API) JKR 2016

c)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut; 
1. Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (1983)
2. Registered Project Director (RPD) (2011)
3. Certified Adjudicator (KLRCA) (2013)

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi
1. Ahli Lembaga Juruukur Bahan Malaysia Sesi 2008-2009, 2009-2011, 2011-2013, 2013-2015 dan 2015-2017
2. Pengerusi J/Kuasa Continuing Profesional  Development (CPD), LJBM 2011-2013, 2013-2015 dan 2015-2017
3. Ahli J/Kuasa Pengurusan, LJBM 2008-2009, 2009-2011, 2011-2013, 2013-2015 dan 2015-2017
4. Ahli J/Kuasa Lembaga Peperiksaan LJBM 2013-2015, 2015-2017 dan 2017-2019
5. Ahli J/Kuasa Akta, LJBM 2011-2013 dan 2013-2015
6. Wakil LJBM di Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) 2010-2011 dan 2011 – 2013
7. Ahli J/Kuasa Quantity Surveying Capacity Development Programme (QSCDP), The Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) 2008-2012
8. Pengerusi/’Organising Chairman’ Konvensyen Antarabangsa JUB 2010 (QSIC 2010) di Hotel Grand Dorsett, Subang
9. Pengerusi/’Organising Chairman’ Malam Anugerah 2008, LJBM
10. Ahli J/Kuasa Panel Temuduga/Penilaian Pendaftaran Skim Alternatif/Laluan Khas LJBM
11. Ahli J/Kuasa Joint TPC, The Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM)
12. Mewakili LJBM sebagai Panel Akreditasi Program BSc (Hons) Quantity Surveying oleh The Robert Gordon University, Aberdeen dan Northumbria University, Newscastle, United Kingdom pada 17 -26 November 2017
13. Mewakili LJBM sebagai Ketua Panel Akreditasi Program BSc (Hons) Quantity Surveying oleh Kolej University Linton, Negeri Sembilan pada 4 Januari 2018.

Warga JKR merakamkan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah diberikan selama berkhidmat sebagai penjawat awam dan di JKR khasnya. Sesungguhnya segala usaha, kudrat dan pengorbanan yang telah disumbangkan secara langsung mahupun tidak langsung telah membantu dan mencorakkan JKR di kedudukan pada masa ini. Seluruh warga JKR mendoakan agar YBHG. DATO’ SR ROZITA BINTI YAHYA sentiasa dirahmati Allah S.W.T. dan sihat sejahtera bersama keluarga tercinta.

Selamat maju jaya dan selamat bersara.