Date: Jumaat, Disember 29, 2023

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBhg. DATO’ Sr ZULKIPELI BIN YAMAT yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 1 Januari 2024.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Juruukur Bahan (J3) di Projek KETARA, Terengganu (Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia) pada 3 November 1992. Beliau telah berkhidmat lebih 31 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1992-2005: Juruukur Bahan (J3), Projek KETARA, Terengganu (Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia)
  2. Tahun 2005-2005: Juruukur Bahan (J41), Projek Pertanian Kemasin (Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia)
  3. Tahun 2005-2005: Juruukur Bahan (J41), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (Kader)
  4. Tahun 2005-2006: Juruukur Bahan (J41), Ibu Pejabat, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
  5. Tahun 2006-2007: Juruukur Bahan (J41), Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia
  6. Tahun 2007-2009: Juruukur Bahan (J44), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  7. Tahun 2009-2011: Juruukur Bahan Kanan (J48), JKR Negeri Kelantan
  8. Tahun 2011-2011: Juruukur Bahan Kanan (J48), Pasukan Projek ECER (Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia)
  9. Tahun 2012-2014: Juruukur Bahan Kanan (J48), Pasukan Projek ECER (Cawangan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  10. Tahun 2014-2015: Juruukur Bahan Penguasa (J52), Pasukan Projek ECER (Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia)
  11. Tahun 2015-2017: Juruukur Bahan Penguasa (J52), JKR Negeri Terengganu
  12. Tahun 2017-2019: Juruukur Bahan Penguasa (J52), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi (CREaTE)
  13. Tahun 2019-2020: Juruukur Bahan Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kerja Keselamatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  14. Tahun 2020-2021: Juruukur Bahan Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  15. Tahun 2021-2023: Pengarah (JUSA C), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  16. Tahun 2023-2024: Pengarah Kanan(JUSA B), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;

a) Kelayakan Profesional

  • Consultant Quantity Surveyor (CQS), BQSM
  • Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM)

b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  • Panel Penilai Program Pensijilan Kompetensi Teknikal JKR Malaysia
  •  Ahli JK Anti Rasuah JKR (JAR)
  • Ketua Pegawai Pembangunan Kompetensi Dan Latihan (KPPKL)
  • Pengurus Pembudayaan Ilmu
  • Pegawai Integriti,CKUB
  • Pengawai Pengelas ,CKUB
  • Ketua Editor Buletin CKUB
  • Penyediaan Buku Panduan Pentadbiran Kontrak Perkhidmatan Perunding

c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  • Pengerusi Kelab Kebajikan & Riadah
  • Pengerusi Jkuasa Malam Anugerah LJBM 2023
  • Ahli Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM)
  • Pengerusi Jawatankuasa Pendaftaran & Kelayakan (LJBM)
  • Ahli Profesional Institut Juruukur Diraja Malaysia (RISM)
  • Ahli J/ Kuasa Penganjur QSIC 2023(LJBM)

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  • Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K) 2023
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (JPS) 2014
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (JKR) 2009
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (JKR) 2003

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBhg. DATO’ Sr ZULKIPELI BIN YAMAT  dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"