Date: Rabu, Mei 31, 2017

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBhg. Dato' Hj. Abd. Halim bin Abd. Latif, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban yang akan bersara sebagai penjawat awam pada 1 Jun 2017.

Beliau telah mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada tahun 1983. Sepanjang perkhidmatan beliau selama 34 tahun, beliau telah berkhidmat di pelbagai jabatan antaranya JKR Daerah Jelebu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Unit JKR, Jabatan Persekutuan Sabah dan Syarikat Perumahan Negara Berhad.

Beliau telah mencurahkan jasa dan bakti yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amya sepanjang mereka berkhidmat di jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah.