Date: Jumaat, Januari 28, 2022

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti DATO’ IR. HAJI HABBALI BIN IBRAHIM, TIMBALAN KETUA PENGARAH KERJA RAYA, SEKTOR BANGUNAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 31 JANUARI 2022.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Jentera Sangkut bertempat di JKR Woksyop Negeri Selangor,pada 15 Oktober 1985. Beliau telah berkhidmat hampir 37 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1985-1986: Jurutera Jentera Sangkut, JKR Woksyop Negeri Selangor
  2. Tahun 1986-1994: Jurutera Jentera Sangkut , JKR Woksyop Negeri Kelantan
  3. Tahun 1994-1998: Jurutera Mekanikal (J3), Cawangan Kejuteraan Mekanikal
  4. Tahun 1998-2001: Jurutera Mekanikal (J3), JKR Woksyop Negeri Melaka
  5. Tahun 2001-2003: Jurutera Mekanikal (J3), Cawangan Kejuteraan Mekanikal
  6. Tahun 2003-2007: Jurutera Mekanikal (J48), Cawangan Arkitek
  7. Tahun 2007-2008: Penolong Pengurus Kanan Pembinaan(Mekanikal) (J52), Cawangan Arkitek
  8. Tahun 2008-2014: Jurutera Mekanikal (J54), Cawangan Pengajian Tinggi
  9. Tahun 2014-2016: Jurutera Mekanikal (J54), Cawangan Kerja Bangunan AM 2
  10. Tahun 2016-2016: Ketua Penolong Pengarah Kanan (J54), JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya
  11. Tahun 2016-2020: Pengarah (JUSA C), JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya
  12. Tahun 2020-2021: Pengarah Kanan ( JUSA B), Cawangan Kejuteraan Mekanikal
  13. Tahun 2021-Sekarang : Timbalan KPKR ( Sektor Bangunan) (JUSA B) (KUP), Pejabat KPKR 

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Professional – Certified Professional Engineer With Practising Certificate (Registration No. C114649)

 

b) Lain-Lain Kelayakan Kekompetenan

  1. Certified Associate in Asset Management (CAAM) – issued Oct 2019

  2. MyCREST Qualified Professional

 

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Pembentangan di dalam Seminar Pengurusan Fasiliti JKR WP Putrajaya 2017 disertai oleh agensi pelanggan yang terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan serta para kontraktor yang dilantik di Putrajaya.           
  2. Pembentangan di dalam Seminar Lestari: Keperluan Penerapan Hijau Di Dalam Penyelenggaraan Bangunan – Pengenalan & Kesedaran Tahun 2018 yang melibatkan wakil Kementerian-kementerian, wakil kontraktor-kontraktor Pengurusan Fasiliti Putrajaya dan juga agensi-agensi lain berkaitan.         
  3. Sesi Pembentangan isu kartel di dalam Industri Pembinaan oleh JKR (Pengkhususan kepada Kontrak FM di JKRWPP) kepada YB Menteri KKR. 
  4. Ahli Majlis Penghargaan ke Atas Rakan Strategik Dalam Program BECO2R Sempena Forum Bandar Hijau Karbon Rendah Putrajaya 2019       
  5.  Ahli ke Majlis Apresiasi Rakan Strategik Bandar Selamat Putrajaya dan Mesyuarat Perancangan Program Bandar Selamat 2019 dan Pelaporan Program Bandar Selamat bagi Tahun 2018                                                                         
  6. Ahli Majlis Sambutan Hari Landskap Negara Peringkat Kebangsaan 2019
  7.  Ahli di dalam Opening Ceremony Of International Construction Week 2019 and Asean Super8
  8.  Ahli di dalam 10th Malaysia Road Conference & Exhibition 2018 and Piarc International Seminar on Asset Management (Official Opening Ceremony)   
  9. Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Hari Profesion Teknikal Negara Tahun 2020 Cawangan Kejuruteraan Mekanikal 
  10. Pengerusi Jawatankuasa Hari Profesion Teknikal Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 
  11.  Ahli Jawatankuasa Examination & Qualification Committee (E&Q) 2020-2021 Lembaga Jurutera Malaysia
  12. Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Bebas Kementerian Alam Sekitar Dan Air (KASA)

 

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Yang Dipertua Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan (KSSK) JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya
  2. Yang Dipertua Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan (KSSK) Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
  3. Penaung Program Anak Angkat Pertubuhan Anak Yatim Kebajikan Darul Izzah Kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi (di bawah Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan JKR WP Putrajaya)
  4.  Ahli Kariah Surau Jumaat Wangsa Maju
  5. Ahli Lembaga Jurutera Malaysia
  6. Ahli Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (PROJKRM)

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang.  Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) (Yang Membawa Gelaran Dato’)
  2. Menerima Pergrakan Gaji Menegak Bagi Tahun 1994
  3. Menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2006
  4. Menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2013
  5. Menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2018
  6. Johan Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Kategori Pengurusan - Tahun 2017
  7. Johan Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Kategori Teknikal - Tahun 2017
  8. Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Premis JKR - Tahun 2018
  9. Anugerah Kontraktor Cemerlang ( Senggara Bangunan) - Tahun 2018
  10. Dua Anugerah Pingat Emas dalam 29th International Invention, Innovation & Technology Exhibiton (ITEX'18) bagi produk inovasi V-DER- Tahun 2018
  11. Gold Award di dalam Malaysia Technology Expo (MTE) 2019 bagi produk inovasi SAKU
  12. Public Servis Innovation Awards di dalam Malaysia Technology Expo (MTE) 2019 bagi produk inovasi SAKU
  13. Gold Award di dlam iCAN 2019 ( Competition di CAnada) bagi produk inovasi V-DER
  14. Johan bagi Anugerah Inovasi Pengurusan Pejabat Terbaik 2019 sempena Hari Inovasi JKR Malaysia Tahun 2019

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBhg.DATO’ IR. HAJI HABBALI BIN IBRAHIM  dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"