Date: Rabu, November 29, 2017

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBHG. DATO' Ir. HJ. SALLEH BIN AWANG, PENGARAH CAWANGAN KERJA KESELAMATAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 Disember 2017.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam pada 10 Januari 1983 dan penempatan pertama beliau adalah di Cawangan Jalan, IP JKR Malaysia. Selama 34 tahun dalam perkhidmatan, beliau ditempatkan di beberapa JKR Negeri seperti JKR Negeri Perlis dan JKR Negeri Perak sebelum memegang jawatan Pengarah di beberapa penempatan seperti berikut;

1) 16.05.2002 – 31.10.2008: Pengarah Projek Kolej Universiti Tun Hussien Onn, Batu Pahat, Johor.
2) 01.11.2008 – 31.10.2014: Pengarah Projek Universiti Malaysia Sabah, Sabah
3) 16.06.2011 – 31.10.2014: Pengurus Besar Kanan Pembinaan Pasukan Projek Sabah
4) 01.11.2014 – 27.11.2016: Pengarah JKR Negeri Pulau Pinang
5) 28.11.2016 hingga sekarang: Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Kurniaan

1) Pingat Jasa Kebaktian Negeri Perlis (1987)
2) Pingat Pekerti Terpilih (PPT) Negeri Perak (1996)
3) Ahli Mahkota Perak (AMP) Negeri Perak (2001)
4) Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N) Negeri Pulau Pinang (2017)

b) Anugerah

1) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 1995
2) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2008
3) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2010

Beliau juga berjaya mendapat pengiktirafan kelayakan profesional seperti berikut;

a) Jurutera Profesional, Lembaga Jurutera Malaysia
b) Master Project Manager, American Academy of Project Management
c) Master Project Director, PROKOM, JKR Malaysia

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.