Date: Jumaat, Disember 8, 2023

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBhg. DATUK Ir. AHMAD REDZA BIN GHULAM RASOOL yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 11 Disember 2023.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam Tingkatan Biasa  bertempat di Unit Binaan, Cawangan Reka Bentuk dan Penyelidikan, Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 21 Disember 1984. Beliau telah berkhidmat lebih 39 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1984-1988: Jurutera Awam, Cawangan Reka Bentuk dan Penyelidikan, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur
  2. Tahun 1988-1999: Jurutera Awam, Unit JKR KEDA
  3. Tahun 1999-2001: Jurutera Awam (J3), JKR Kedah
  4. Tahun 2001-2010: Jurutera Awam (J3)(J48)(J52), JKR Perlis
  5. Tahun 2010-2016: Pengarah Kawalan Bangunan (J52)(J54), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  6. Tahun 2016-2018: Pengarah (J54), Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang
  7. Tahun 2018-2019: Pengarah(JUSA C), Cawangan Kerja Pendidikan Ibu Pejabat JKR Malaysia
  8. Tahun 2019-2020: Pengarah(JUSA C), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) JKR Malaysia
  9. Tahun 2020-2023: Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (JUSA B)(JUSA A), Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra)
  10. Tahun 2023-2023: Ketua Pengarah Kerja Raya (JUSA A)(TURUS III), Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;

a) Kelayakan Profesional

  • Professional Engineer with Practising Certificate registered with Board of Engineers Malaysia (PEPC)
  • ASEAN Chartered Professional Engineer
  • Corporate Member of Institute of Engineers Malaysia (MIEM).

b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Road Engineering Association of Malaysia (REAM) – Co-Opt Council Member 2020/2021;
  2. National Asset and Facility Management Convention (NAFAM) 2021 – Ahli Jawatankuasa Kerja dan Pengerusi Jawatankuasa Venue, Safety & Logistics NAFAM 2021;
  3. National Asset and Facility Management Convention (NAFAM) 2021 – Ahli Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Kerja Penganjuran Konvensyen NAFAM 2021;
  4. Road Engineering Association of Asia & Australasia (REAAA) – Council Member 2020/ 2021;
  5. Penceramah Jemputan CKUB bagi ceramah bertajuk “Good Engineering Practice for Concreting Works at Site” ;
  6. Ahli Jawatankuasa Pembangunan Tanah Tinggi di CIDB; dan
  7. Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 2) Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.
  8. President Road Engineering Association of Malaysia 2023

c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Cyberview Sdn Bhd (Di Bawah Kementerian Kewangan Malaysia) – Ahli Lembaga Pengarah 2021/ 2022;
  2. 11th MRC & Exhibition 2022 and 4th IRF Asia-Pacific Regional Congress – Pengerusi Jawatankuasa Penganjur;
  3. Lembaga Lebuhraya Malaysia – Ahli Gilir kepada Ahli Lembaga 2020/2021;
  4. The Institution of Engineers Malaysia – Corporate Member;
  5. IEM Traning Academy Sdn Bhd – Pengarah;
  6. Road Engineering Association of Malaysia (REAM ) – Council Member 2021- 2023;
  7. Lembaga Arkitek Malaysia – Ahli Lembaga 2021 – 2023;
  8. Lembaga Jurutera Malaysia – Training & Education Committee Member 2018/2020;
  9. Lembaga Jurutera Malaysia – CPD Auditor 2019/2020;
  10. Lembaga Jurutera Malaysia – CPD Assessor 2019/2020;
  11. Lembaga Jurutera Malaysia – WG on BEM, Committee Member & Speaker Profile 2019/2020;
  12. Lembaga Jurutera Malaysia – Publication Committee Member 2019/2020;
  13. Lembaga Jurutera Malaysia – Ahli Lembaga Pengarah 2020/2021/2022;
  14. Lembaga Jurutera Malaysia – Pengerusi Jawatankuasa Pemeriksa Bertauliah (Accredited Checkers) 2020/2021; dan
  15. Lembaga Jurutera Malaysia – Ahli Jawatankuasa Permohonan (Application) 2020- 2021.
  16. Ahli CEO @ Faculty Programme 1.0 (2023)
  17.  Lembaga Arkitek Malaysia – Ahli Lembaga (Okt 2021 – Okt 2023)
  18. Lembaga Jurutera Malaysia – Presiden (Jan 2023 – Jan 2024)
  19. Lembaga Lebuhraya Malaysia – Ahli Lembaga (Mei 2023 – Mei 2025)
  20. Road Engineering Association of Asia & Australasia (REAAA) – Vice Presiden (2023)
  21. Permanent International Association of Road Congresses (PIARC), World Road Association – Delegasi Pertama (2023)
  22. Majlis Sains Negara (NSC) – Ahli Majlis (Jan 2023- Jan 2024)
  23. Majlis Kelayakan Malaysia (MQA) – Ahli Majlis (Mac 2023 – Dis 2024)
  24. Cyberview Sdn Bhd – Ahli Lembaga (2021 – 2023)

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Tahun 2001
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Tahun 2004
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Tahun 2012
  1. Pingat
  • Dianugerahkan Darjah Ahli Mahkota Perlis (AMP) Tahun 2004
  • Dianugerahkan Darjah Seri Sirajuddin Perlis (SSP) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perlis Tahun 2007
  • Dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N) Pulau Pinang Tahun 2018
  • Dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (P.J.N)  pada Tahun 2023
  1. Anugerah Umum
  • Penganugerahan Tauliah Mejar Kehormat Dalam Angkatan Sukarela Persekutuan “Mejar Kehormat” Tahun 2007
  • Anugerah IEM Honorary Fellow 2023
  • Anugerah ACEM Honorary Member
  • Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif (Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan) Sektor Awam

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBhg. DATUK IR. AHMAD REDZA BIN GHULAM RASOOL dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"