Date: Isnin, Februari 10, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBHG. DATUK Ir. MUHAMMAD AZMAN BIN JAMRUS, PENGARAH KANAN, CAWANGAN KERJA BANGUNAN AM 1 yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 12 Februari 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam di Kementerian Kerja Raya pada 1 September 1983. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1983 - 1986 : Jurutera Awam, Kementerian Kerja Raya
  2. Tahun 1986 - 1999 : Jurutera Awam, Cawangan Rekabentuk Dan Penyelidikan, Ibu Pejabat JKR
  3. Tahun 1999 - 2000 : Jurutera Awam, Dipinjamkan Ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
  4. Tahun 2000 - 2002 : Jurutera Bangunan, JKR Daerah Gombak, Selangor
  5. Tahun 2002 : Jurutera Awam, Cawangan Struktur dan Kejuruteraan Pakar, Ibu Pejabat JKR
  6. Tahun 2002 - 2004 : Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pangkalan Udara Dan Maritim 
  7. Tahun 2004 - 2007 : Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am,Ibu Pejabat JKR Malaysia
  8. Tahun 2007 - 2008 : Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Arkitek
  9. Tahun 2008 - 2012 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur Dan Jambatan
  10. Tahun 2012 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pengkalan Udara dan Maritim
  11. Tahun 2012 - 2015 : Pengurus Besar Kanan Pembinaan Awam, Cawangan Kerja Kesihatan
  12. Tahun 2015 - 2017 : Pengarah Khidmat Pakar dan Pengurusan, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur
  13. Tahun 2017 - 2020 : Pengarah Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am 1

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) - Tahun 1995, 2005, 2007, 2010, 2017

  2. Pingat - Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) (Datuk), Kerajaan Negeri Melaka (10/11/2018)

b) Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Jurutera Profesional, Lembaga Jurutera Malaysia 
  2. Ahli, Institut Jurutera Malaysia 
  3. Certified Referral Specialist (Structural Design-Building)
  4. Penggubal Program Latihan  IKRAM 1989, 1990 dan 1991
  5. Certified Program Drafter For Malaysian Timber Industry Council
  6. Trainer For Trainers

b) Sumbangan Dalam Tugas Rasmi

  1. Seminar Perunding Sivil Dan Struktur Bagi Projek RMK9
  2. ”Tindakan Mengatasi Masalah Penyeliaan Untuk Projek- Projek JKR - Peranan Dan Tanggungjawab Perunding.”(Disember, 2008)
  3. Conference on High Performance Organisation at PWTC - ”The Ministry of Works –
    Program Perintis Bekerja dari Rumah : MaximisingYour Productivity With Technology”. (Oktober, 2010)
    Penumpang di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bharu. ( Mei, 2010)
  4. Laporan Siasatan Teknikal Bersama SPRM Bagi PKFZ - (Port Klang Free Trade Zone)
  5. Rekabentuk Struktur – Seminar Kejuruteraan Awam (SEMKA) (Julai, 2012)
  6. ”Protection By Design” – Seminar On Timber In Construction (Nov. 2012)
  7. ”Managing Stakeholder In Congested Site”- Mesyuarat Pegawai Kanan JKR (Jun 2014)
  8. Seminar – Malaysian Standards for Bricks and Blocks ”The Use of Bricks and Blocks as Load Beraing Elements” (2018)
  9. Laporan Siasatan Teknikal Dan Cadangan Penambahbaikan Keselesaan

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan YBHG. DATUK Ir. MUHAMMAD AZMAN BIN JAMRUS dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.