Date: Selasa, Julai 31, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. AHMAD ROSLAN BIN BIDIN, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, JABATAN KERJA RAYA NEGERI PERAK yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 Ogos 2018.

Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Juruteknik Awam pada 02 November 1981 dan ditempatkan di JKR Daerah Hulu Langat, Selangor. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1. Tahun 1981 – 1990                     : Juruteknik Awam di JKR Daerah Hulu Langat, Selangor
2. Tahun 1990 – 1994                     : Jurutera Awam di Bahagian Rekabentuk, IP JKR Malaysia
3. Tahun 1994 – 1997                    : Jurutera Awam di Pasukan Projek Jeti Kuah, Langkawi
4. Tahun 1997 – 2000                     : Jurutera Awam di JKR Daerah Hulu Perak, Perak
5. Tahun 2000 – 2004                     : Jurutera Awam di JKR Negeri Perak
6. Tahun 2004 - 2009                      : Jurutera Awam Kanan di JKR Negeri Kedah
7. Tahun 2009 – 2012                     : Jurutera Awam Penguasa di Cawangan Kerja Kesihatan, IP JKR Malaysia
8. Tahun 2012 – 2015                     : Jurutera Daerah di JKR Daerah Hilir Perak, Perak
9. Tahun 2015 – 2017                     : Jurutera Awam Penguasa di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Putrajaya
10. Tahun 2017 – 2018                  : Jurutera Awam Penguasa Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya
11. Tahun 2018                                : Jurutera Awam Penguasa Kanan di JKR Negeri Perak

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Kurniaan

1.    Pingat Ahli Mahkota Perak (A.M.P)

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.