Date: Jumaat, Jun 16, 2017

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ar. Hj. Mohd Annuar bin Dato' Hj. Ngah, Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia yang akan bersara dari perkhidmatan awam bermula pada 17 Jun 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.

Beliau mula berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia pada 1 September 1982. Sepanjang perkhidmatan selama 35 tahun, beliau telah bertugas di Bahagian Bangunan dan Bahagian Arkitek, JKR Negeri Terengganu dan Cawangan Kerja Tentera, Kuala Lumpur.

Di atas khidmat bakti beliau dalam perkhidmatan awam, beliau telah dianugerahkan beberapa Bintang dan Pingat antaranya ;

  1. Setia Mahkota Terengganu    -   SMT (1998)
  2. Pingat Jasa Cemerlang         -   PJC (1995)
  3. Pingat Jasa Kebaktian          -   PJK (1987)
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 1995
  5. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2005
  6. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2012

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya sepanjang perkhidmatan beliau di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah, di samping dapat terus menyumbang pengetahuan, kemahiran dan berkongsi pengalaman yang ada demi kepentingan masyarakat dan negara.