Date: Khamis, Jun 16, 2016
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ar.Kharul Amali b Daharun, Pengarah Khidmat Pakar dan Pengurusan, Caw Arkitek JKR Malaysia yang akan bersara sebagai kakitangan awam pada 17 Jun 2016. 
 
Beliau telah mula berkhidmat pada 16 Ogos 1982. Sepanjang berkhidmat selama 34 tahun, beliau telah ditempatkan diantaranya di Cawangan Kerja Pendidikan, Cawangan Bangunan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kewangan, Cawangan Pengurusan Projek Kompleks dan Cawangan Arkitek, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
 
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amya sepanjang beliau berkhidmat di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.