Date: Jumaat, Mei 19, 2017

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Dato' Ir. Hj. Samsudin bin Bakar, Pengarah JKR Negeri Kedah yang akan bersara dari perkhidmatan awam bermula pada 25 Mei 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.

Beliau mula berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia pada 10 Ogos 1984. Sepanjang perkhidmatan selama 33 tahun, beliau telah bertugas di pelbagai jabatan dan cawangan di antaranya Unit JKR Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, JKR Kelantan, JKR Daerah Timur Laut, JKR Pulau Pinang, JKR Daerah Petaling, Jabatan Perdana Menteri dan Cawangan Pengurusan Korporat.

Di atas khidmat bakti beliau dalam perkhidmatan awam, beliau telah dianugerahkan beberapa Bintang dan Pingat antaranya ;

1) Darjah Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K)     -   Kedah

2) Ahli Mahkota Kedah (A.M.K)                        -   Kedah

3) Bintang Cemerlang Negeri                            -   Pulau Pinang

4) Ahli Mangku Negara (A.M.N)                        -   Persekutuan

5) Pingat Kelakuan Terpuji                               -   Pulau Pinang

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya sepanjang perkhidmatan beliau di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah, di samping dapat terus menyumbang pengetahuan, kemahiran dan berkongsi pengalaman yang ada demi kepentingan masyarakat dan negara.