Date: Selasa, March 16, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Dr. MAZIAH BINTI MOHAMMAD, PENGARAH KANAN PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE) yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 16 MAC 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam Tingkatan Biasa di JKR Negeri Sembilan pada 18 Disember 1984. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan seperti berikut;

  1. Tahun 1984 - 1997 : Jurutera Awam Tingkatan Biasa, JKR Negeri Sembilan
  2. Tahun 1997 - 2003 : Jurutera Awam (Gred J3),JKR Wilayah
  3. Tahun 2003 - 2004 : Penolong Pengarah Kanan (J48), Cawangan Pakar & Kejuruteraan Awam
  4. Tahun 2004 - 2010 : Melanjutkan Pengajaran Peringkat Ph.D, University Of Dundee, United Kingdom
  5. Tahun 2010 - 2014 : Ketua Penolong Pengarah (J52-M), Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur dan Jambatan
  6. Tahun 2014 – 2015 : Ketua Penolong Pengarah (J52), Bahagian Perlantikan Perundangan, Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur dan Jambatan
  7. Tahun 2015 - 2016 : Ketua Penolong Pengarah Kanan (J54), Bahagian Perkhidmatan Forensik
  8. Tahun 2016 - 2020 : Pengarah (JUSA C), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)
  9. Tahun 2020 :Pengarah Kanan (JUSA B), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional;

  1. BERDAFTAR DENGAN LEMBAGA JURUTERA MALAYSIA ‘CIVIL’ NO. PENDAFTARAN 154027A
  2. JURUTERA SISWAZAH BERDAFTAR DENGAN INSTITUTE CIVIL ENGINEERS (UK). MEMBERSHIP GICE 70023912

b) Lain-lain Kelayakan Kekompetenan;

  1. PANEL TEMUDUGA BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) SESI PENGAJIAN 2020/2021
  2. CERTIFICATION ADVISORY COMMITTEE IKRAM QA 2018-2020

c) Sumbangan dalam Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

Pembentangan/Penerbitan

  1. Dr. Maziah Mohammad (2013)

The use of foamed concrete as an alternative for approaches to culverts over soft ground area. 14th REAAA International Conference: The Road factor in Economic Transformation. KLCC, Kuala Lumpur.Lembaga Perolehan Negeri – Peringkat Antarabangsa

  1. Dr. Maziah Mohammad (2013)

Innovative Use of Foamed Concrete. International Seminar by JK R& Concrete Society of Malaysia: Field Application of Foamed Concrete. Kuala Lumpur.Ahli Perbadanan Adat dan Warisan (PADAT) – Peringkat Antarabangsa

  1. Dr. Maziah Mohammad (2015)

Excellence in Project Delivery. Mesyuarat Pegawai Kanan JKR. Johor Bahru.Yang Dipertua Kelab Sukan JKR Selangor _ Peringkat Kebangsaan

  1. Dr. Maziah Mohammad (2015)

Kejuruteraan Forensik. Persidangan Kejuruteran Awam JKR. Kuantan, Pahang – Peringkat Kebangsaan

  1. Dr. Maziah Mohammad (2016)

Bubble Structure, Stability and Rheology of Foamed Concrete.

9th International Concrete Conference 2016: 'Environment, Efficiency and Economic Challenges for Concrete'. University of Dundee, United Kingdom. – Peringkat Antarabangsa

  1. Dr. Maziah Mohammad (2016)

Study of Materials in Forensic Investigation. Forensic Civil Engineering Seminar ForCES '16 UTM.Universiti Teknologi Malaysia, KL Campus. – Peringkat Kebangsaan

  1. Dr. Maziah Mohammad (2018)

Structural Repair to Conserve Langkawi's Main Tourist Attraction: Practical Approach: International Conference Concrete Repair, Rehabilitation and Retrofitting, Cape Town, South Africa. – Peringkat Antarabangsa

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) ANJURAN KEMENTERIAN KERJA RAYA – TAHUN 1996
  2. PINGAT JASA KEBAKTIAN (PJK) NEGERI SEMBILAN – TAHUN 1996
  3. ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) ANJURAN KEMENTERIAN KERJA RAYA – TAHUN 2011

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan YBrs. Dr. Maziah Binti Mohammad dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"