Date: Jumaat, March 31, 2017
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. En. Amran bin Mohd Nor, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Pendidikan JKR Malaysia yang akan bersara pilihan dari perkhidmatan awam bermula pada 2 April 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.
 
Beliau telah mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada tahun 1984 di Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Sepanjang perkhidmatan beliau selama 33 tahun, beliau telah menabur bakti diantaranya di JKR Manjung Perak, JKR Daerah Perak Tengah, Cawangan Pengurusan Korporat, JKR Malaysia dan JKR Daerah Hilir Perak.
 
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya sepanjang perkhidmatan beliau di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah, di samping dapat terus menyumbang pengetahuan, kemahiran dan berkongsi pengalaman yang ada demi kepentingan masyarakat dan negara.