Date: Jumaat, April 28, 2017
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. En. Rosslan bin Ramli , Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB), JKR Malaysia yang akan bersara dari perkhidmatan awam bermula pada 1 Mei 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.
 
Beliau mula berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia pada 19 November 1984. Sepanjang perkhidmatan selama 33 tahun, beliau telah bertugas di pelbagai jabatan dan cawangan diantaranya Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Jabatan Perhutanan Terengganu, JKR Negeri Terengganu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan JKR Negeri Pahang 
 
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya sepanjang perkhidmatan beliau di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah, di samping dapat terus menyumbang pengetahuan, kemahiran dan berkongsi pengalaman yang ada demi kepentingan masyarakat dan negara.