Date: Jumaat, March 31, 2017
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. En. Sa'don bin Hussein, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan JKR Malaysia yang akan bersara pilihan dari perkhidmatan awam bermula pada 1 April 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.
 
Beliau telah mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada tahun 1982 di Unit JKR DARA. Sepanjang perkhidmatan beliau selama 35 tahun, beliau telah menabur bakti diantaranya di JKR Gua Musang, Jurutera Daerah Tampin, JKR Daerah Muar dan Cawangan Pengurusan Korporat, JKR Malaysia.
 
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya sepanjang perkhidmatan beliau di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah, di samping dapat terus menyumbang pengetahuan, kemahiran dan berkongsi pengalaman yang ada demi kepentingan masyarakat dan negara.