Date: Isnin, Disember 4, 2017

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. HJ. HASHIM BIN BUYU, KETUA BAHAGIAN KOMPETENSI, PENSIJILAN DAN AKREDITASI (SMART SKILLS), PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI (CREaTE), JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 07 Disember 2017.

Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Pembantu Teknik Awam pada 1 Jun 1979 dan ditempatkan di Bahagian Bekalan Air JKR Daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Sepanjang 38 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti Cawangan Kerja Pendidikan, Unit Rekabentuk Geoteknik & Cerun, IKRAM, Cawangan Kerja Pendidikan, Cawangan Pengurusan Korporat, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat dan seterusnya ditempatkan di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE), JKR Malaysia sebagai Ketua Bahagian Kompetensi, Pensijilan dan Akreditasi (Smart Skills) sehingga sekarang.

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Kurniaan

1) Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M.) : Tahun 2015
2) Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C.) : Tahun 2012

b) Anugerah

1) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 1981
2) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2000
3) Anugerah Pencapaian Istimewa (API) Tahun 2010
4) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2012

c)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;

1)  Project Management Professional (PMP) – Project Management Institute (PMI) : 1995
2)  Certified IMS (ISO 9001,ISO14001,OSHA 18001) Lead Auditor – IRCA/SIRIM : 2007
3)  Certified Training Professional (CTP) – ARTDO International/HRDF : 2007
4)  Certified Talent and Competency Professional (CTCP) – ARTDO International : 2008
5)  Certified Master Project Director (MPD) - JKR/AIPM : 2009
6)  Certified Assessor for Work Place (Project Management) – JKR/AIPM : 2010
7)  Certified Assessor on Safety and Health Assessment Systems in Construction (SHASSIC) – CIDB : 2010
8)  Certified Safety and Health Officer – NIOSH/DOSH : 2011
9)  Certified Advanced Train the Trainers (ATTT) – NIOSH/HRDF : 2011

d) Selain itu, beliau turut menyumbangkan idea dan kepakaran dalam penerbitan buku dan garis panduan sebagai rujukan kepada warga kerja JKR seperti berikut;

1)    Strategic Framework JKR 2007-2010 : Tema Strategic Human Resource
2)    Human Resource Development Plan (HRDP) 2008–2010
3)    Enam ( 6 ) dokumen Dasar Sumber Manusia (HRP) JKR Malaysia : 2009
4)    Competency Model and Dictionary (CM&D) dan Competency Identification (CI) : 2009
5)    Pelan Strategik Disiplin Awam 2011–2015
6)    Strategic Framework JKR 2012-2015 : Tema Penyampaian Projek
7)    Human Resource Development Plan (HRDP) 2016–2020

e) Beliau juga telah membentangkan beberapa kertas kerja di peringkat jabatan, kebangsaan dan antarabangsa antaranya;

1) Comparison of Traditional Methods of Construction Contract with Turnkey Construction Contract.
2) Risk Management of Occupational Safety and Health in construction Industry.
3) Commitment, Communication and Culture the foundation for successful implementation of Total Quality Management (TQM).
4) Total Quality Management (TQM) a strategic necessity in construction projects.
5) A systematic, integrated and professional approach in managing structural failures.
6) Development and transformation of project management culture a strategic necessity for construction projects.
7) Sustainable Communities–Managing Human Resource, Leading Sustainability and Delivering Engineering Projects Outcomes.

f) Beliau turut bergiat aktif dalam pelbagai pertubuhan dan kesatuan dan telah terlibat secara langsung dalam menubuhkan pertubuhan-pertubuhan berikut antaranya;

1)    Pengerusi Bersama, Majlis Bersama Jabatan Jabatan Kerja Raya Malaysia (MBJ-JKR) : 2004–2006
2)    Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM) : 2006
3)    Pertubuhan Profesional Teknikal Perkhidmatan Awam Malaysia (ProPAM) : 2010
4)    Koperasi JKR Malaysia Berhad (KoopJKRM) : 2014

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.