Date: Isnin, Ogos 13, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. HJ. MEOR MOHAMED HARIS BIN MEOR HUSSEIN, PENGARAH CAWANGAN DASAR DAN PENGURUSAN KORPORAT, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 17 Ogos 2018.

Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Pembantu Teknik Awam pada 19 Mac 1979 dan ditempatkan di Unit Projek Kesihatan JKR Daerah Larut, Matang & Selama, Taiping, Perak. Sepanjang 39 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1.

Mac 1979 – Mac 1990        

:

Pembantu Teknik Awam, Unit Projek Kesihatan dan Bahagian Jalan,  JKR Daerah Larut, Matang & Selama, Taiping, Perak.

2.

Mac 1990 – Jan 2004

:

Jurutera Awam, Bahagian Jalan, JKR Daerah Kinta, Ipoh, Perak.

3.

Februari 2004 – Oktober 2008

:

Jurutera Awam Kanan, Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

4.

Oktober 2008 – Mei 2015

:

Jurutera Awam Penguasa, Bahagian Jalan, Ibu Pejabat JKR Perak.

5.

Mei 2015 – September 2016

:

Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Pengurusan Projek 2 & Operasi, Jabatan  Bekalan Air, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air (KeTTHA).

6.

September 2016 – Januari 2018

:

Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan, Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

7.

Februari 2018 – Ogos 2018

:

Pengarah, Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Semasa berkhidmat di Unit Projek Kesihatan JKR Daerah Larut, Matang dan Selama, Taiping, beliau telah terlibat dalam pelaksanaan projek-projek kesihatan iaitu klinik desa, klinik kesihatan dan hospital di daerah tersebut. Setelah melanjutkan pelajaran, beliau ditempatkan semula di JKR Daerah Larut, Matang dan Selama, Taiping di Bahagian Jalan dan dipertanggunjawabkan dengan pelaksanaan projek-projek Infrastruktur Jalan raya dan Jambatan dari segi perancangan, reka bentuk sehingga penyiapan projek.

Beliau telah mengetuai Bahagian Jalan semasa berkhidmat sebagai Jurutera Jalan di JKR Daerah Kinta, Ipoh. Sumbangan dan kegiatan kepada Kerajaan Negeri semasa di pejabat tersebut merangkumi 3 bisnes utama iaitu Pengurusan Projek, Penyenggaraan Jalan dan Jambatan dan Pembangunan Tepi Jalan.

Selain itu, beliau turut memberi sumbangan kepada Kerajaan Negeri semasa di Bahagian Jalan, Ibu Pejabat JKR Perak sebagai Ketua Penolong Pengarah Jalan. Sumbangan beliau meliputi Pengurusan Projek, Pengurusan Aset dan Pembangunan Tepi Jalan.

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Kurniaan

1. Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T.) : Tahun 1992
2. Ahli Mahkota Perak (A.M.P.) : Tahun 2004
3. Darjah Paduka Mahkota Perak (P.M.P) : Tahun 2010

b) Anugerah

1. Sijil Perkhidmatan Cemerlang JKR Perak Tahun 1984
2. Sijil Perkhidmatan Cemerlang JKR Perak Tahun 1992
3. Sijil Perkhidmatan Cemerlang JKR Perak Tahun 1995
4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JKR Perak Tahun 2002
5. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JKR Perak Tahun 2011
6. Sijil Warga Berdedikasi Tinggi Kementerian Kerja Raya Tahun 2004

c)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;

1.  Sijil Certified Professional in Erosion and Sediment Control (No. CPESC: 1060)
2.  Sijil Lead Auditor ISO 14001:2004 - Environmental Management System
3.  Sijil Lead Assessor ISO 9001:2008 - Quality Management System
4.  Sijil Kompetensi Aras 4, Environmental Engineering

d) Selain itu, beliau turut menyumbangkan idea dan kepakaran dalam penerbitan garis panduan sebagai rujukan kepada warga kerja JKR seperti berikut;

1. Ahli Penggubal Dokumen ISO 14001 JKR 2005.
2. Ahli Penyediaan Arahan Teknik (Jalan) 16/03 (Pindaan 2008) – A Practical Guide For Environmental Protection & Enhancement Works.
3. Ahli Penggubal Garis Panduan Pemeriksaan & Keselamatan Empangan Air (2016) di bawah Jabatan Pengairan & Saliran (JPS).

e) Beliau turut aktif dalam pelbagai jawatankuasa seperti berikut; 

1. Yang DiPertua (YDP) Kelab Sukan Cawangan Pengurusan Korporat
2. Mewakili Kontingen Ibu Pejabat JKR Malaysia selaku Pemain dalam Sukan Ping Pong di Karnival Sukan JKR SeMalaysia Ke-4.
3. Pengerusi Kelab Sukan & Kebajikan Kerja Raya, Ibu Pejabat JKR Negeri Perak.
4. Pengurus Pasukan Ping Pong (JKR Negeri Perak) untuk Karnival Sukan JKR SeMalaysia.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.