Date: Isnin, Mei 14, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. HJ. MOHD RAZALI BIN DERAHMAN, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT, CAWANGAN DASAR DAN PENGURUSAN KORPORAT yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 21 Mei 2018.
Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Jurutera Awam pada 21 Ogos 1982 dan ditempatkan di Bahagian Projek Air JKR Kelantan. Sepanjang 35 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;
1. Ogos 1982 – Mac 1987         :    Jurutera Awam, Bahagian Projek Air JKR Kelantan
2. Mac 1987 – Jun 1992            :     Jurutera Awam, Bahagian Bekalan Air JKR Kelantan
3. Jun 1992 – Oktober 1996      :     Jurutera Daerah, JKR Daerah Lipis, Pahang
4. November 1996 – Mac 1997 :     Jurutera Bangunan, JKR Negeri Pahang 
5. April 1997 – Mac 1999          :     Jurutera Daerah, JKR Daerah Setiu, Terengganu
6. April 1999 – Disember 1999  :     Kursus Panjang Diploma Pengurusan Maklumat di INTAN Bukit Ilmu, Kuala Lumpur
7. Januari 2000 – Mei 2001       :     Jurutera Kolaboratif dan Pengurusan Desktop, Pusat Teknologi Maklumat, IP JKR
8. Mei 2001 – April 2005           :     Jurutera Awam Kanan (Jalan), JKR Negeri Kelantan
9. April 2005 – Januari 2006     :     Jurutera Awam Penguasa (Bangunan), JKR Negeri Perak
10. Januari 2006 – November 2006:     Jurutera Awam Penguasa (Korporat), JKR Negeri Perak
11. November 2006 – Mei 2009    :     Pengurus Besar Kanan Pembinaan, Projek Menaiktaraf Lapangan Terbang Kuala Terengganu.
12. Jun 2009 – Januari 2012    :     Pengurus Besar Kanan Pembinaan, Projek Pusat Latihan APMM Kuantan, Pahang
13. Januari 2012 – September 2014 :     Pengurus Besar Kanan Pembinaan, Projek Pembinaan Infrastruktur Bagi Pesawat Helikopter di Pangkalan TUDM, Kuantan, Pahang
14. Oktober 2014 – Mei 2018    :     Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, IP JKR

Semasa berkhidmat di Bahagian Projek dan Bekalan Air JKR Kelantan (1982 – 1992), beliau bertanggungjawab memberi bantuan kepakaran dan juga pelaksanaan projek – projek bekalan air sehingga siap untuk beroperasi antaranya Pasir Puteh Water Supply Scheme, Tanah Merah – Machang Water Supply Scheme, Kota Bharu New Water Supply Scheme dan Tanjung Mas Water Supply Scheme. Selain itu, beliau juga telah menjalankan kajian berkaitan Demand Forcasting dan Cadangan Peningkatan Bekalan Air Utara Kelantan sehingga digelar Jurutera Air Kertas Kerja.

Beliau juga bertanggungjawab ke atas pengurusan dan pelaksanaan Projek Menaiktaraf Lapangan Terbang Kuala Terengganu sehingga siap. Selain itu, beliau aktif menyediakan video – video projek tersebut antaranya Lessons Learnt: Cabaran Pelaksanaan Pakej IV Projek Lapangan Terbang Kuala Terengganu, Penyerahan Terminal Lapangan Terbang Kuala Terengganu, Pelaksanaan Projek Naiktaraf Lapangan Terbang Kuala Terengganu Pakej I – III, B747 Proving Flight, Cargo Flight untuk World Endurance Cup di Lembah Bidong (KDYMM Sultan Terengganu menyertainya) dan juga penerbangan pertama jemaah haji dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu ke Jeddah.

Semasa berkhidmat di Bahagian Komunikasi Korporat pula, beliau merupakan pelopor kepada beberapa perkara seperti slaid iringan semasa ucapan KPKR, mewujudkan watak Mr JKR sebagai ikon karakter JKR, mewujudkan jawatankuasa promosi JKR, membangunkan garis panduan seperti Garis Panduan Pengurusan Aduan, Garis Panduan Instant Messaging Rasmi, Garis Panduan Memuat naik Berita ke Laman Web JKR, mewujudkan blog JKR Malaysia melalui WordPress, mewujudkan JKR Informative Tweet Library, selain mengemaskini Piagam Pelanggan Baru tahun 2017.

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Kurniaan
1. Darjah Paduka Mahkota Perak (P.M.P) : Tahun 2007

b) Anugerah
1. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) Tahun 2004
2. Anugerah Pengurusan Pembinaan Terbaik 2011 – Naib Johan Reka dan Bina Projek Projek Menaik Taraf Lapangan Terbang Kuala Terengganu Pakej IVa
3. Anugerah Pengurusan Pembinaan Terbaik 2012 – Naib Johan Reka dan Bina Projek Pembinaan Pusat Latihan APMM Kuantan Fasa I
4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2014

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.