Date: Jumaat, November 29, 2024
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. AHMAD ROSLEE BIN HAMZAH   yang  akan  menamatkan   perkhidmatan  sebagai  kakitangan  awam  pada 1 Disember 2024.
 
Beliau telah memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik (Sementara) di Bahagian Perkhidmatan, Kementerian Kerja Raya pada 2 September 1985. Beliau juga telah berkhidmat lebih 39 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;
 
  1. Tahun 1985 – 1991 : Pembantu Teknik (Sementara), Kementerian Kerja Raya.
  2. Tahun 1991 – 1998 : Pembantu Teknik (Lantikan Tetap), Kementerian Kerja Raya.
  3. Tahun 1998 – 1999 : Jurutera Awam Gred J3/J41, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
  4. Tahun 1999 – 2005 : Jurutera Awam Gred J3/J41, JKR Daerah Sepang.
  5. Tahun 2005 – 2007 : Jurutera Awam Gred J41, Cawangan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
  6. Tahun 2007 – 2008 : Jurutera Awam Gred J44, Cawangan Kerja Keselamatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
  7. Tahun 2008 – 2014 : Jurutera Awam Gred J44, Cawangan Senggara, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
  8. Tahun 2014 – 2015 : Jurutera Awam Kanan Gred J48, JKR Negeri Melaka.
  9. Tahun 2015 – 2020 : Jurutera Awam Kanan Gred J48, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (Pertukaran Sementara)
  10. Tahun 2020 : Jurutera Awam Penguasa Gred J52, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (Pertukaran Sementara)
  11. Tahun 2020 : Jurutera Awam Penguasa Gred J52, JKR Negeri Melaka.
  12. Tahun 2020 – 2021 : Jurutera Awam Penguasa Gred J52, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (Penempatan Sementara)
  13. Tahun 2021 – kini : Jurutera Awam Penguasa Kanan Gred J54, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ;
 
a)   Kelayakan Profesional
  • Jurutera Professional 
  • Lembaga Jurutera Malaysia, 2018; dan
  • Ahli Korporat Institut Jurutera Malaysia, 2018.
b)   Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi
  • Penaung Persatuan Penduduk Taman Pulau Gadong Jaya, Klebang                       
  • Pengerusi Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kantan Permai ,Kajang            
  • Setiausaha Surau Taman Kantan Permai, Kajang
  • TimbalanPresiden Persatuan Bolasepak Melayu Melaka
  • Timbalan Presiden Persatuan Golf Negeri Melaka 2022-2024
  •  Ketua Pasukan / Pemain Golf Melayu Melaka 2022-2024
  • Naib Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Melaka (MAFA) 2010-2013  
  • Naib Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) 2016-2018
  • Setiausaha Agong Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA)2020-2024
  • Setiausaha Agong Persatuan Bolasepak Negeri Melaka ( MAFA/MUSA) 2014-2024
  • Pengurus Pasukan Bolasepak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah 2016-2019
c)   Penghargaan dan Pengiktirafan
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Kementerian Kerja Raya, 2013
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MBMB, 2019. Pengkurniaan Darjah
  • Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Tahun 2013 (Bintang Khidmat Terpuji)
  • Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Tahun 2017 Darjah Seri Melaka (DSM)
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. IR. AHMAD ROSLEE BIN HAMZAH dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.
 
Selamat Bersara.
 
"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"
 
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat