Date: Isnin, Ogos 28, 2017

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. Ir. HAJI MOHD JAHINI BIN MOHD DOM, JURUTERA ELEKTRIK PENGUASA KANAN, BAHAGIAN PERUNDING REKABENTUK BANGUNAN AM 2, CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 01 September 2017.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Elektrik pada 01 September 1984 dan ditempatkan di Cawangan Elektrik. Seterusnya beliau turut ditempatkan di beberapa penempatan lain seperti JKR Negeri Melaka, Jabatan Bekalan Air Negeri Terengganu, Pasukan Projek Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Ketua Jurutera Elektrik Negeri JKR Negeri Sembilan  sebelum dinaikkan pangkat sebagai Jurutera Elektrik Penguasa Kanan dan ditempatkan di Bahagian Perunding Rekabentuk Bangunan Am 2, Cawangan Kejuruteraan Elektrik sehingga sekarang.

Sepanjang 33 tahun dalam perkhidmatan awam, beliau telah dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) Melaka pada tahun 1990 dan turut dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 1987 dan 2014.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.