Date: Jumaat, Jun 10, 2022

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrsIr. HAJJAH HABIBAH BINTI BABA, CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU JKR NEGERI SELANGOR yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 10 JUN 2022.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam (J3) bertempat di Unit Kerja Dalam Negeri, Ibu Pejabat JKR Malaysia,pada 18 Oktober 1993. Beliau telah berkhidmat hampir 29 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1993-1997: Jurutera Awam (J3), Unit Kerja Dalam Negeri, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  2. Tahun 1997-2005: Jurutera Bangunan(J3), JKR Negeri Selangor
  3. Tahun 2005-2005: Penolong Pengarah (Awam) (J44), JKR W.P. Putrajaya
  4. Tahun 2005-2007: Penolong Pengarah (Awam) (J44), JKR Negeri Selangor
  5. Tahun 2007-2010: Penolong Pengarah Kanan (J48), JKR Negeri Selangor
  6. Tahun 2010-2013: Penolong Pengarah Kanan (J48), Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  7. Tahun 2013-2014: Ketua Penolong Setiausaha Kanan (J52), Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya
  8. Tahun 2014-2017: Jurutera Awam Penguasa (J52), Cawangan Kerja Pendidikan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  9. Tahun 2017-2021: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kerja Pendidikan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  10. Tahun 2021-2022: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), JKR Negeri Selangor, CPAB

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Jurutera Profesional (BEM); 2011 (PE) dan 2016 PEPC
  2. Professional Engineer (IEM); 2010

b) Lain-Lain Kelayakan Kekompetenan

  1. KPA dan JAD SPK-JKR dan SPKKP
  2. Safety and Health Representative (SHR)

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Ahli Lembaga Perolehan Tender Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatatan                
  2. Ahli Lembaga Perolehan Tender Kementerian Pendidikan 2017-2021     
  3. Ahli Lembaga Perolehan Tender Kementerian Pengajian Tinggi 2019-2021        
  4. Ahli JPPP Universirti Malaya 2017-2018
  5. Ahli JPPP Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur IP JKR 2019-2021
  6. Ahli JKKP Cawangan Kerja Keselamatan (KKP) 2014-2017
  7. AJK JKKP JKR Malaysia 2014-sekarang
  8. AJK Kerja ISO 45001 JKR Malaysia 2018-2021
  9. AJK Teknikal Projek J10 JKR Malaysia 2014-2021
  10. AJK Task Force AP 182 CPAB JKR Malaysia 2019-2021
  11. Ketua Panel Penilai Anugerah KKP JKR Malaysia 2018
  12. Ketua Pasukan Audit dan Juruaudit Dalam SPK KKP 2014-2017
  13. Ketua Pasukan Audit  Sistem EKSA Bangunan JKR Maju Tower
  14. Ahli Panel Penilai Anugerah Pejabat Daerah Terbaik 2011
  15. Penceramah SPKKP dan SPK-SPB

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Bendahari PROJKRM 2010-2013
  2. ASSOCIATE ASEAN ENGINEERS (Life Member)
  3. Ahli Korporat IEM

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah SIS 2022
  2. Profesional Engineer with Practising Certificate 2016-2022
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang – 2020
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang – 2015
  5. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang – 2009
  6. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang – 2001

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrsIr. HAJJAH HABIBAH BINTI BABA dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"