Date: Rabu, Mei 11, 2022

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir.HJ IBRAHIM BIN AHMAD, PENGARAH JABATAN KERJA RAYA NEGERI KEDAH yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 11.5.2022.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam (A18) bertempat di Unit JKR Felda Pahang, Bandar Pusat Jengka Pahang, pada 21 Ogos 1985. Beliau telah berkhidmat hampir 36 tahun dan 8 bulan dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1985-1992: Jurutera Awam (A18) Unit JKR Felda Pahang, Bandar Pusat Jengka Pahang
  2. Tahun 1992-1997: Jurutera Jalan (J3), Unit Jalan raya Timur Barat, Jeli Kelantan (Cawangan Jalan)
  3. Tahun 1997-1999: Jurutera Jalan (J3), Bahagian Jalan, JKR Pulau Pinang
  4. Tahun 1999-2002: Jurutera Awam(J3), JKR Daerah Timur Laut, Pulau Pinang
  5. Tahun 2002-2004: Jurutera Awam Bangunan (J3), JKR Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
  6. Tahun 2004-2005: Jurutera Daerah (J3), JKR Daerah Barat Daya, Pulau Pinang
  7. Tahun 2005-2006: Penolong Pengarah Kanan(J48), Cawangan Kerja Keselamatan ( Projek PDRM Bukit Aman, Kuala Lumpur.
  8. Tahun 2006-2009: Penolong Pengarah Kanan (J48), Unit Projek Zon Utara, Cawangan Kerja Keselamatan, Kuala Lumpur
  9. Tahun 2009-2014: Jurutera Daerah(J48), JKR Daerah Timur Laut, Pulau Pinang
  10. Tahun 2014-2017: Ketua Penolong Pengarah Kanan (J52), Seksyen Teknikal, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), JPM Putrajaya
  11. Tahun 2017-2019: Jurutera Awam Penguasa Kanan(J54), Unit Projek Khas Zon Tengah2 ( UPKT 2) Cawangan Jalan, Kuala Lumpur
  12. Tahun 2019-2022: Pengarah (J54), Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah

 

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia sebagai Jurutera Professional (No.Reg.: P 122017)
  2. Ahli Insitute of Value Management Malaysia ( IVVM) 00153

 

b) Lain-Lain Kelayakan Kekompetenan

  1. Registered Project Manager ( RP 0039/15 ), 2015
  2. Certified Assessor ( A 0032/17 ), 2017
  3. Leads Auditor ISO 9000: 2000 ( A 18201/1178/2002 )

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi​

  1. Ahli Lembaga Tender Negeri Kedah
  2. Ahli Lembaga Tender UUM
  3. Ahli Lembaga Tender PKNK
  4. Ahli Lembaga Tender LADA
  5.  Ahli Lembaga Tender KEDA
  6. Ahli Lembaga Tender Lembaga Zakat Kedah
  7. Ahli Majlis PBT Kulim Hi-Tech
  8. Ahli Lembaga Muzium Negeri Kedah
  9. Ahli Lembaga Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah
  10. Ahli Lembaga Maktab Mahmud Kedah
  11. AJK Kelab DiRaja Kedah (KRC)

 

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya ke-11, 2004
  2. YDP PIBG SK Wellesley, P.Pinang Sesi 2007/ 2009 dan 2008 / 2009
  3. AJK PIBG SMKA Al Mashoor (L) P.Pinang 2007/ 8
  4. YDP PIBG SMKA Al Mashoor (L) P.Pinang 2010/ 11
  5. YDP PIBG SK Jalan Residensi P.Pinang 2011/2012 dan 2012/2013
  6. YDP PIBG Kolej Vokasional Bt Lanchang, P.Pinang 2013/14
  7. NYDP PIBG SMA Tarbiah Islamiah, P.Pinang 2014/2015
  8. Ketua Biro Agama/ Kebajikan Kelab UKAS 2016- 2017
  9. AJK Surau Al Furqan Presint 11, Putrajaya sesi 2018- 2020
  10. Ahli Darussyifa’ Cawangan Putrajaya. (No. Ahli SG 10543)
  11. YDP Majlis Sukan JKR Kedah 2019- kini

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Dikurniakan Pingat Setia DiRaja Kedah (SDK) oleh Kebawah Duli Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman (Tahun 2021)
  2. Anugerah Khas Ketua Pengarah UKAS Tahun 2016
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (JKR Negeri Pulau Pinang) Tahun 2012
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (JKR Negeri Pulau Pinang) Tahun 1999
  5. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Unit JKR Felda Pahang) Tahun 1990
  6. Dikurniakan Pingat Setia DiRaja Kedah (SDK) oleh Kebawah Duli Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman (Tahun 2021)
  7. Dikurniakan Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang (Tahun 2011)
  8. Dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang ( Tahun 2004)

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. Ir.HJ IBRAHIM BIN AHMAD  dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"