Date: Isnin, Oktober 15, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. IR. HJ. MOHD SABRI BIN MAT DERIS, PENGARAH KEJURUTERAAN (PAKAR PENGURUSAN ASET), BAHAGIAN PERUNDINGAN PENGURUSAN ASET, CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang telah menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 13 Oktober 2018.

Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Jurutera Elektrik pada 16 Jun 1983 dan ditempatkan di JKR Worsyop Persekutuan. Sepanjang 35 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1983 – 1985: Jurutera Elektrik Penyenggaraan di JKR Woksyop Persekutuan, Kuala Lumpur
1985 – 1990: Jurutera Elektrik Penyenggaraan di JKR Pangkalan TLDM, Lumut, Perak
1990 – 1992: Jurutera Elektrik Projek di Caw. Kejuruteraan Elektrik, JKR Negeri Kelantan
1992 – 1994: Jurutera Elektrik Projek, Tapak Projek Hospital Besar Kuantan, Pahang
1994 – 1996: Jurutera Elektrik Rekabentuk di Caw. Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur.
1997 – 1998: Jurutera Elektrik Projek di Unit Projek Turnkey, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur.
1998 – 2000: Ketua Jurutera Elektrik Negeri di Caw. Kejuruteraan Elektrik, JKR Negeri Sembilan.
2000 – 2003: Jurutera Elektrik Kanan (Penyenggaraan) di Caw. Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur
2003 – 2007: Penolong Pengarah Kanan (Pengurusan Kualiti ISO 9000) di Cawangan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur.
2007 – 2008: Ketua Penolong Pengarah JKR (Pengurusan Aset Infrastruktur) di Cawangan Kejuruteraan Senggara, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur.
2008 – 2011: Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pengurusan Aset Infrastruktur) di Cawangan Kejuruteraan Senggara, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur.
2011 – 2014: Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Senggara, Cawangan Kejuruteraan Senggara, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur.
2015 – 2018: Pengarah Kejuruteraan (Pakar Pengurusan Aset), Bahagian Perundingan Pengurusan Aset, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur.

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah

1. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC); Tahun 2003, 2005 & 2007

b)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut; 

1. Professional Engineer ( P. Eng ) (Lembaga Jurutera Malaysia,2001)
2. Competent Electrical Engineer (Suruhanjaya Tenaga,2002)
3. Certified ISO Lead Auditor (IRCA, 2001 &  RABQSA, 2007)

c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

1. Ahli Jawatankuasa Malaysian Association Of Facility Management (2017/2019) 
2. Ahli Jawatankuasa Teknikal Facilities Management (TC/O/9) – Under ISO/TC/267, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Malaysian Association of Standards Users) (2015-2018)
3. Jawatan Kuasa Pelaksanaan Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan (sebelum ini disebut sebagai Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan) (2008-2018).
4. Working Group in Facilities Management - Department of Standard Malaysia (2014)
5. Jawatan Kuasa Kerja Bagi National Asset & Facility Management (NAFAM) Convention  2018

Warga JKR merakamkan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah diberikan selama berkhidmat sebagai penjawat awam dan di JKR khasnya. Sesungguhnya segala usaha, kudrat dan pengorbanan yang telah disumbangkan secara langsung mahupun tidak langsung telah membantu dan mencorakkan JKR di kedudukan pada masa ini. Seluruh warga JKR mendoakan agar YBRS. IR. HJ. MOHD SABRI BIN MAT DERIS sentiasa dirahmati Allah S.W.T. dan sihat sejahtera bersama keluarga tercinta.

Selamat maju jaya dan selamat bersara.