Date: Khamis, Disember 26, 2024

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. HJ SULAIMAN BIN KAMISAN yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 26 Disember 2024.

Beliau telah memulakan kerjaya sebagai Jurutera Projek Gred A18 di Jabatan Kerja Raya, Wilayah Persekutuan Labuan pada 15 Mac 1990. Beliau juga telah berkhidmat lebih 34 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1990 – 1992: Jurutera Awam Tingkatan Biasa Gred A18, JKR Wilayah Persekutuan Labuan;
  2. Tahun 1992 – 1995: Jurutera Bekalan Air Gred A18, JKR Wilayah Persekutuan Labuan;
  3. Tahun 1995 – 2002: Jurutera Bekalan Air Gred A11, JKR Wilayah Persekutuan;
  4. Tahun 2002 - 2003: Penolong Pengarah Bekalan Air Gred J41, Jabatan Bekalan Air, Wilayah Persekutuan Labuan;
  5. Tahun 2003 - 2004: Penolong Pengarah Bekalan Air Gred J48, Jabatan Bekalan Air, Wilayah Persekutuan Labuan;
  6. Tahun 2004 – 2015: Pengarah Bekalan Air Gred J52, Jabatan Bekalan Air Wilayah Persekutuan Labuan;
  7. Tahun 2015 – 2020: Ketua Seksyen Perancangan, Penyelarasan dan Pemantauan BBA Gred J54, Bahagian Bekalan Air, Jabatan Bekalan Air Putrajaya;
  8. Tahun 2020 – 2023: Timbalan Pengarah Gred JUSA C, Bahagian Bekalan Air, Jabatan Bekalan Air Putrajaya; dan
  9. Tahun 2023 – 2024: Pengarah Gred JUSA B, Bahagian Bekalan Air, Jabatan Bekalan Air Putrajaya.

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan.

Antaranya ;

a) Kelayakan Profesional

  • Jurutera Profesional, Lembaga Jurutera Malaysia.

b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  • Pengerusi Majlis Tindakan Kader JKR Malaysia Sesi 2023/2024
  • Ahli Pertubuhan Profesional JKR

c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  • Ahli 60 Rejimen Pakar Pengendalian Air Berpangkat Mejar
  • Ahli Jawatankuasa Surau Al-Furqan Presint 11
  • Ahli Friends of Langat River

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  • Kesatria Mahkota Wilayah
  • Ahli Mangku Negara
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2000
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2006
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2012
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2015
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2018

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. Ir. HJ. SULAIMAN BIN KAMISAN dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat