Date: Jumaat, Jun 3, 2022

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrsIr. KAMARUDDIN BIN HASSAN, PENGARAH, JABATAN KERJA RAYA LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH ( KETENGAH ), yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 03.6.2022.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Juruteknik (J17) bertempat di Pasukan Pengawas Limbungan TLDM pada 01 Disember 1982. Beliau telah berkhidmat hampir 40 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1982-1987: Juruteknik (J17) Pasukan Pengawas Limbungan TLDM
  2. Tahun 1987-2003: Juruteknik (J17), Pengkalan TUDM Butterworth
  3. Tahun 2003: Jurutera Awam (J41), Unit Jambatan, Cawangan Jalan Ibu Pejabat, JKR Malaysia
  4. Tahun 2007: Jurutera Awam (J44), Bahagian Jalan, JKR Negeri Terengganu
  5. Tahun 2008: Jurutera Awam (J44), Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur dan Jambatan Ibu Pejabat JKR
  6. Tahun 2009: Jurutera Awam (J48), Cawangan Jalan, (Pasukan Projek Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)
  7. Tahun 2013: Jurutera Awam (J48), Pasukan Projek Pakej 3: Gua Musang, Kelantan Kke Kg. Relong Pahang
  8. Tahun 2015-2019:  Jurutera Awam (J48), Pasukan Projek KBKK
  9. Tahun 2019-2020: Jurutera Awam (J52), JKR Negeri Terengganu (JD Kemaman)
  10. Tahun 2020-2022: Pengarah (J52), JKR Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)

 

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Profesional Engineer (Lembaga Jurutera Malaysia)

b) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. YDP kelab KEKAS Jabatan Kerja Raya Ketengah

c) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. Ir. Kamaruddin Bin Hassan dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"