Date: Isnin, April 24, 2023

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS. Ir. MHD KHAIR BIN NORDIN yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 25 April 2023.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Pengarah (A18/J3) bertempat di Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka, Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada 16 Jun 1990. Beliau telah berkhidmat hampir 35 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1990-1993: Penolong Pengarah (A18/J3), Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka, Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
  2. Tahun 1993-1998: Penolong Pengarah (J3), Cawangan Struktur dan Kejuruteraan Pakar, Ibu Pejabat JKR.
  3. Tahun 1998-2002: Penolong Pengarah (J41), Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  4. Tahun 2002-2005: Jurutera Bangunan (J41), Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
  5. Tahun 2005-2007: Penolong Pengarah (J44), Cawangan Arkitek, Ibu Pejabat JKR.
  6. Tahun 2007-2014: Penolong Pengarah Kanan (J48), Cawangan Kejuruteraan Awam Struktur dan Jambatan, Ibu Pejabat JKR.
  7. Tahun 2014-2015: Jurutera Awam Penguasa (J52), JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya
  8. Tahun 2015-2017: Jurutera Awam Penguasa (J52), Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Ibu Pejabat JKR.
  9. Tahun 2017-2019: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR.
  10. Tahun 2019-2021: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Ibu Pejabat JKR.
  11. Tahun 2021-2023: Pengarah Rekabentuk, Gred Utama C, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Ibu Pejabat JKR.

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;

a) Kelayakan Profesional

  • Ahli Korporat Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)

b) Penghargaan dan Pengiktirafan

  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (JKR) 2016
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (JKR) 2008
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (KPKT) 2004

 

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBRS. Ir. MHD KHAIR BIN NORDIN dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"