Date: Selasa, Oktober 31, 2017

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. Ir. MOHAMAD AZMI BIN HAMID, KETUA JURUTERA ELEKTRIK NEGERI, JKR NEGERI SELANGOR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 November 2017.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Elektrik pada 14 Februari 1985 dan ditempatkan di Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu Kuala Lumpur. Seterusnya beliau turut ditempatkan di beberapa penempatan lain seperti Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Kelantan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat sebelum ditukarkan ke JKR Negeri Selangor pada tahun 2015 sehingga sekarang.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya sepanjang 32 tahun dalam perkhidmatan awam. Diharapkan agar beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.